Assalamualaikum. Ni review gadget kedua Abe untuk tahun 2017 ni. Bulan lepas, Abe dah buat review Telefon Pintar GT Mobile GT888, Kali ni Abe buat review pasal Jam F&A Qiblat Sensor keluaran F&A Qiblat Sensor Watch. Abe dapat info tentang jam ni daripada Ben Ashaari & Faizal Fredley yang kami sama-sama dalam Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9). Lepas tu terus membuak-buak hati Abe teringin nak memiliki sama Jam F&A Qiblat Sensor ni. Alhamdulillah, terus Abe berusaha untuk dapatkan jam ni untuk Abe buat review. Terima kasih yang tidak terhingga buat Team F&A Qiblat Sensor Watch sebab berikan Abe peluang ni.
|
Nama korang boleh diabadikan pada skrin Jam korang tau. Yang kat tengah tu waktu biasa, manakala yang kat bawah tu ialah waktu solat. Jam F&A Qiblat Sensor ni akan paparkan waktu solat & akan berikan korang peringatan apabila masuknya waktu solat, Subhanallah, ni mmg terbaik. |
Tak dinafikan setelah Abe terima jam ni, terkedu jugak Abe. Bukan apa, ianya diluar jangkaan Abe tau. Jam ni smart giler, selesa dipakai di pergelangan tangan dan grip talinya sungguh ngam. Bagi Abe yang jenis suka pakai jam yang berat, F&A Qiblat Sensor ni memang memenuhi kriteria jam yang Abe perlukan. Abe study fungsi keseluruhan jam ni, memang ianya mudah dikendalikan. Nak setting pun senang. Lagi satu, korang boleh setkan nama korang tau pada skrin jam ni, Tengok sample kat atas tu, Abe dah letak nama Abe pada skrin jam, class gittew!!! Abe ni selalu 'outstation' sana sini. Sebelum ini, Abe akan banyak bergantung aplikasi dalam telefon bimbit bila Abe nak cari arah kiblat yang tepat di sesebuah tempat baru yang tak disediakan tentuan arah kiblat. Yang jadi masalahnya, kadang-kadang arah kiblat yang ditentukan melalui aplikasi pada telefon bimbit ni tak tepat. Andaikatalah jika tiada internet di tempat tu, macamana yer? Komfemnya aplikasi tu Abe tak dapat nak akses. Alhamdulillah, masalah Abe selesai selepas Abe dah memiliki Jam F&A Qiblat Sensor ni.
Ni pulak Abe kongsikan cara untuk menetapkan arah kiblat, hanya dengan menekan butang dan arah kiblat akan ditentukan sepantas 2.89 saat SAHAJA.
|
Hanya perlu tekan butang 'QIBLAT' kat bahagian kiri bawah jam ini. |
Subhanallah, Jam F&A Qiblat Sensor ni akan membantu korang untuk tentukan arah kiblat sepantas 2.89 saat selain daripada ianya secara otomatik akan menetapkan sendiri waktu solat seluruh dunia.
Kenapa korang patut miliki F&A Qiblat Sensor Watch ni? Nah Abe kongsikan dengan korang 5 + 1 SEBAB KENAPA ANDA MESTI MILIKI JAM F&A™ QIBLAT SENSOR ni.
- Teknologi QIBLAT SENSOR yang pertama di Malaysia. Anda hanya perlu tekan QIBLAT SENSOR, dan jam ini akan menunjukan arah kiblat secara automatic ‘LIVE’ seperti digital compass
- Arah kiblat 3x lebih tepat dari compass biasa. Ketepatan menggunakan GPS coordinate sebagai asas lokasi anda menjadikan ia tepat dan yakin arah solat anda. Diuji khas dengan alat piawaian Mufti Negeri.
- Waktu Solat automatik di bandar utama seluruh dunia. Di programkan khas lebih dari 1000 bandar utama. Kini, anda tidak perlu risau lagi untuk solat di awal waktu. Dilengkapi dengan system alarm yang akan berbunyi apabila setiap kali masuk waktu solat.
- Dilengkapi dengan semua surah dan ayat Al Quran untuk memudahkan anda menanda surah dan ayat terakhir bacaan anda. Mudah untuk anda travel.
- Satu satunya jam di dunia ini yang mempunyai kelebihan mampu mengukir nama anda. Jadikan keunikan jam ini sebagai identiti diri anda.
- Kini dilengkapi dengan Taqwim Malaysia – waktu solat yang lebih tepat bagi Malaysia, Singapura & Brunei Darussalam.
Macamana dari segi harga? Ok, ni Abe kongsikan. F&A Qiblat Sensor ni ada banyak series dan harga bagi setiap series adalah berbeza-beza. Bezanya tak banyak pun, korang boleh buat pilihan korang sendiri untuk memiliki jam yang mana satu. Ianya bergantung kepada warna setiap jam. Macam yang Abe punya ni, harganya ialah RM379.00 sahaja. Nanti korang boleh rujuk pada Fan Page F&A Qiblat Sensor Watch untuk mengetahui setiap kelebihan jam tu yer.. Setiap pembelian jam ni disertakan dengan manual mengenai jam dan juga dengan kad jaminan untuk setahun.
Ni pulak pendapat peribadi Abe tentang jam ni:
Special: Boleh letak nama sendiri. Bestnya tentang F&A Qiblat Sensor ni ialah kita boleh letak nama sendiri pada jam.
Fungsi: F&A Qiblat Sensor Watch ini memudahcara dan membantu kita untuk jaga waktu solat masa bukan sahaja ketika dalam negara tapi juga di luar negara. Penggera jam ini akan maklumkan kepada kita. Ianya mudah dikendalikan semudah ABC.
Rekabentuk: Stylo dan simple. Melekat dengan grip yang baik dipergelangan tangan korang.
Infomasi berkenaan F&A Qiblat Sensor Watch:
Alamat Pejabat Urusan: F&A™ QIBLAT SENSOR,1F-16A,Kompleks Usahawan Terengganu (KUT),Kubang Jela, Manir,21200 Kuala Terengganu,Terengganu,MALAYSIA
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"