Monday, 24 April 2017

Siri Forum The Broken Hearts Untuk Insan Yang Mengalami Kehilangan, Kecewa Dan Patah Hati


Menghadapi sebuah kehilangan itu memang memeritkan, menyakitkan & menyiksakan. Abe dah ada pengalaman tu. Dua kali Abe telah rasa kehilangan yang amat besar dalam hidup Abe. Kehilangan Ayahanda tercinta pada tahun 2009 dan yang terkini, kehilangan sumber utama pendapatan. Ianya amat pedih dan teramat menyentapkan hati Abe. Pada masa yang sama, ianya telah melemahkan segala semangat Abe.

Alharhum Ayahanda Abe meninggalkan Abe tanpa sebarang tanda awal. Arwah dijemput illahi bila dah sampai masanya, Abe redha. Hanya doa & Al Fatihah sentiasa Abe akan kirimkan pada Arwah, untuk bekalan arwah di sana, insyaAllah.

Bila menghadapi sebuah kehilangan, bukan mudah nak atasi perasaan ni. Seumpama dirasakan dunia ni dah tak ada maknanya, gelap gelita. Cara mengatasinya? Ada yg mampu kerana mereka tahu semua ini hanyalah ujian Allah. Kita perlu balik kepada fitrah, berserah kepadaNya.

Menghadapi sebuah kehilangan, tapi tak semua orang yang mampu atasinya secara sendiri. Kita perlukan orang lain untuk membantu kita dikala ini. Ini pengalaman Abe sendiri, Alhamdulillah, Abe banyak dibantu. Tapi pada orang lain yang mana turut merasa kehilangan, adakah mereka kuat untuk menghadapi kehilangan tersebut? Ada penyelesaian terhadap sesebuah dugaan yang telah Allah uji. Jangan pernah merasakan dunia ini sudah kosong & jangan pernah merasakan bahawa harapan sudah tiada. Setiap masalah ada penyelesaiannya. InshaAllah ada yg sudi membantu.

Itu baru pengalaman Abe yang tak seberapa. Abe percaya, masih ramai lagi orang lain yang mengalami kehilangan yang lagi perit daripada Abe. Apa yang berlaku sebenarnya ialah ujian Allah. DIA nak kita 'kembali' padaNYA. Jangan hilang punca, baliklah kepada yang Esa, carilah Allah.


Abe nak share sesuatu di sini, ada Siri forum bergerak “The BrokenHearts” yang buat julung kalinya akan dianjurkan oleh Al-Maqaasid di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada 6 Mei hadapan. Antara panel yang dijemput untuk membincangkan topik The Broken Hearts ini termasuklah penceramah bebas Ustaz Zul Ramli dan Ustaz Iqbal Zain. Mereka akan disertai oleh beberpa panel jemputan bagi berkongsi pengalaman mereka yang tersendiri di dalam forum sehari yang akan bermula dari jam lapan pagi hingga enam petang hari Sabtu tersebut. Sumbangan sebanyak RM200 bagi setiap peserta adalah untuk manampung perbelanjaan forum (makanan dan minuman disediakan) dan sebahagiannya akan disalurkan bagi tujuan sedekah kejalan Allah untuk Maahad Tahfiz Al-Kholidi, Ulu Yam.


Pelajar-pelajar Al-Kholidi juga akan membuat penampilan istimewa bacaan Qaseedah di sepanjang forum sehari tersebut.
Untuk penempahan tiket dan pertanyaan lanjut , sila hubungi talian 016 615 6870 atau 018 663 3478 atau email ke maqaasid@gmail.com .


Sapa patut sertai forum ni? Korang tau jawapannya ! 

No comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"