Sahabat Que 'Silent Readers'

Shopping Online Semudah ABC Di Shopee.com.my Malaysia

5/16/2017 11:14:00 am


Meh Abe nak cerita sikit info penting tau... Shopee.com.my merupakan Pusat Membeli Belah secara Online yang amat popular di Malaysia. Semua orang tahu tentang Shopee ni. kali ni Abe nak share dengan korang semua tentang Bagaimana Cara Mudah Untuk Shopping Di Shopee.com.my Semudah ABC. Sebelum itu, Abe nak share sikit info tentang Shopee.


Info Mengenai Shopee

Shopee adalah pasaran sosial mudah alih nombor satu di Asia Tenggara dan Taiwan yang membolehkan orang ramai memilih, membeli dan menjual. Platform ini dibina khusus untuk Asia Tenggara, menjamin proses membeli-belah yang mudah, selamat tanpa kerumitan menerusi sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Pasukan Shopee yakin dengan kuasa teknologi yang sentiasa berubah. Apabila aktiviti membelibelah menerusi peranti mudah alih menjadi kelaziman baharu, Shopee mensasarkan untuk terus meningkatkan platform tersebut dan menjadi destinasi perdagangan mudah alih pilihan di rantau ini. Shopee disokong oleh Garena, syarikat platform Internet terbesar di Asia Tenggara. 



Bermula semalam, Shopee Melancarkan Kempen Terbesar iaitu Cahaya Raya Kegembiraan Membeli-belah dengan Potongan Harga Sehingga 90%, Hadiah Bernilai RM50,000 dan Pelancaran Bayar Waktu Terima (COD) bersama Pos Malaysia

Shopee, pasaran sosial mudah alih No 1 di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan kempen Hari Raya terbesar, Cahaya Raya bersama Shopee dengan potongan harga sehingga 90% di seluruh platform dan pertandingan setiap hari dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000 termasuk wang tunai. Di samping itu, Shopee akan bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk melancarkan program Bayar Waktu Terima (Cash-on-Delivery) untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membuat persiapan Hari Raya menerusi pembelian atas talian.

Yang Abe nak kasi tahu kat korang, menariknya tahun ini sebagai tanda penghargaan kepada pengguna Shopee, Shopee telah melaburkan bajet terbesar setakat ini untuk bekerjasama dengan Kedai Rasmi seperi Nestle, Unilever, Senheng, Huawei, OPPO dan ASOTV untuk menawarkan promosi untuk seisi keluarga selama 45 hari tanpa henti,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Malah, dengan pelancaran Bayar Waktu Terima, kami mampu mendekati sekumpulan besar pembeli atas talian pertama kali di Lembah Klang dari Tanjung Karang hingga ke Banting sekalipun untuk bersama-sama menikmati kegembiraan musim perayaan ini”.

Cahaya Raya bersama Shopee

Dari 15 Mei hingga 30 Jun, Cahaya Raya bersama Shopee akan menampilkan 24 kempen termasuk jualan murah khas dari Kedai Rasmi dan 25,000 jenis produk dengan potongan harga sehingga 90%. Dari lebih 10 kategori produk, pasti semua orang dapat menikmati keseronokan membeli-belah selama 45 hari.

Menangi hadiah hebat

Sebagaimana cahaya Aidilfitri memberi kegembiraan kepada insan tersayang, Pertandingan 45 Days of Surprise Giveaways (45 Hari Hadiah Kejutan) tahun ini menawarkan hadiah harian bernilai sehingga RM25,000 termasuk televisyen, telefon pintar dan kamera dengan penyertaan semudah menghantar Nama Pengguna Shopee (Shopee ID) anda dan rakan anda setiap hari. Pertandingan ini berlangsung dari 15 Mei hingga 30 Jun 2017, menjadikan ia pertandingan terpanjang pernah dianjurkan untuk pengguna Shopee. Banyak lagi pertandingan dianjurkan termasuk Make a Wish for Mom (Buat Permintaan untuk Ibu), Selamat Berbuka Snaps (Ambil Gambar Semasa Berbuka Puasa) dan teka-teki Berapa Duit Raya, menjadikan hadiah keseluruhan mencecah nilai RM50,000! 


Ramadan ini Shopee turut mengambil peluang mendekati komuniti setempat dengan penganjuran Shopee Uni BM Tour (Jerayawara Uni Shopee Edisi Bahasa Melayu) dan Acara Hijab Stars Recharge. Universiti Shopee atau Uni Shopee merupakan bengkel PERCUMA yang dianjurkan untuk mendidik dan memperkayakan pengetahuan usahawan berpotensi untuk menggunakan aplikasi Shopee sebaiknya dalam meningkatkan penglibatan atas talian dan jualan mereka. Kali ini, kelas akan dianjurkan dalam Bahasa Melayu untuk membantu usahawan Bumiputa mendalami aspek teknikal penjualan atas talian.

Shopee Uni BM Tour akan dianjurkan di:
KL & Selangor (17 Mei 2017),
Kuantan, Pahang (24 Mei 2017) 
Alor Setar, Kedah (6 Jun 2017).

Akhir sekali, Acara Hijab Stars Recharge, satu projek usahasama dengan jenama syampu Sunsilk akan berlangsung pada 20 Mei 2017 dengan penampilan istimewa Hijabista terkenal seperti Khadyjah Fhatyah, Sharifah Rose, Ain Edruce, Zamrina Zamrim dan Aqilah Naqlis. Sesi khas yang akan dianjurkan termasuk kelas solekan kening dan penggayaan moden hijab untuk sambutan Aidilfitri akan datang.


Selain jenama syampu pilihan hijabista tersebut, Shopee juga akan meneruskan usahasamanya dengan rakan niaga terkemuka seperti AirAsiaGo, Digi, iflix, RHB, Tealive dan Traveloka sepanjang kempen ini sebagai tanda penghargaan dengan hadiah menarik seperti baucar penginapan hotel & penerbangan, potongan harga menarik dan hadiah berbentuk wang tunai.

Barang apa yang di jual di Shopee.com.my? 

Mungkin pertanyaan ini yang terbenak dipikiran korang semua. Jawapannya senang je daripada Abe, kat Shopee ni semua barang ada. Baju, seluar, peralatan dapur, elektronik, kesihatan kecantikan, otomotif dan lain-lain. Korang search je apa yang terpikir kat kepala korang, 90% apa yang korang search akan keluar kat search tu. Tak caya apa yang Abe cakap ni, korang search sekarang di Shopee.com.my...


Selain menggunakan PC untuk shopping, korang jugak boleh install Apps Shopee di HP korang. Sebelum belanja di Shopee.com.my, jika korang pengguna hp Android sebaiknya install dulu aplikasi Shopee.com.my untuk android. Dengan menggunakan aplikasi ini korang akan lebih mudah belanja. Klik link ni untuk INSTALL Apps Shopee kat HP korang (KLIK SINI)


Lepas dah install, untuk dapat belanja di Shopee, korang wajib harus daftar dulu jadi member. Untuk cara daftarnya sebagai berikut :

1. Masuk Ke Sini. Pastu klik Daftar/Register. Ikut je seperti gambar yang Abe ScreenShot kat korang ni. Senang je tau, ianya semudah ABC

STEP 1

Korang isi je detail kat ruangan sepertimana contoh Abe bagi ni. Senang je...


STEP 2

Isi jangan tak isi...

STEP 3

Lepas dah siap isi, terus korang boleh log masuk...

STEP 4

Untuk log masuk, ingat tau korang kena masukkan detail korang tadi...

STEP 5

Jeng, jeng, jeng, now korang dah log masuk. So apa tunggu lagi, shoppinglah...


STEP 6

Pilih je apa yang korang nak beli...


STEP 7

Pastu buat pembayaran... Jangan lupa untuk isi Alamat korang tau...


STEP 8

Tadaaaaa, lepas siap bayar, korang tunggu je la item yang korang beli tu tadi sampai kat korang...


Mulakan keriangan membeli-belah sempena Hari Raya untuk seisi keluarga di http://cahayaraya.shopee.com.my/. Aplikasi Shopee boleh dimuat turun secara PERCUMA di Google Play dan App Store.

Maklumat Lanjut:

Aplikasi Shopee boleh dimuat turun secara PERCUMA di Google Play dan App Store.
website: www.shopee.com.my
Shopee Cahaya Raya : http://cahayaraya.shopee.com.my/

You Might Also Like

14 comments

  1. Banyak pilihan barang kat Shopee ni, best sangat! Pastu harga pun murah dan diskaun pun menarik.

    ReplyDelete
  2. Beraya dengan Shopee lah tahun ni....semua beli kat sini terus.

    ReplyDelete
  3. promosi raya tu mmg berbaloi baloi kan.... beli baju hero kat sini jer abe..heheh

    ReplyDelete
  4. Akak dah install dah apps Shopee ni, best..banyak barang murah!

    ReplyDelete
  5. min pun dah try . mmg murah barang2 kat sini. huhu

    ReplyDelete
  6. Jom ler kita pakat2 shopping kelengkapan raya plak Abae..

    ReplyDelete
  7. Jom ler kita pakat2 shopping kelengkapan raya plak Abae..

    ReplyDelete
  8. siap dah shopping raya dekat shopee

    ReplyDelete
  9. Ok dah install.kejamnya. tpengaruh dah nk shopping

    ReplyDelete
  10. Diskaunnn sampai 90% ! boleh dah nak cari barang raya kat sini.hihihi

    ReplyDelete
  11. tekan tekan dah siap shopping....senang sangat

    ReplyDelete
  12. Memang semudah abc... Jom shopping bersama Shopee. Hihihi

    ReplyDelete
  13. Wife saya baru terjebak dengan shopee. Murah sana sebab free postage & postage ditanggung partially oleh shopee dan buyer. Jimatlah jugakkan shopping di sana. Nasib baik budget kurang takdelah shopping sana hanya window shopping. 11street dan lazada wife dah jarang buka asyik ke app shopee je.

    ReplyDelete
  14. Bhaya la shopee ni,ada uninstall gak ni ,tak jdi kerja di buatnya huhuu

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad