Jom Meriahkan Larian Kids Eco Dash Untuk Anak Anda
10/22/2017 07:23:00 amJarang kita akan dengar ada marathon atau larian yang dibuat khusus untuk kanak-kanak. Ada tapi jarang sangat nak dapat jumpa. Mungkin kebarangkaliannya hanya 2/10 je kot. Kali ini acara untuk anak-anak pulak dari seawal 4 tahun hingga 12 tahun.
LOKASI & TARIKH
Korang boleh daftarkan anak korang untuk sertai larian KIDS ECO DASH yang akan diadakan di Taman Eco Rimba, Hutan Simpan Bukit Nanas, Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 28 Oktober 2017 ini.
YURAN PENDAFTARAN
Pendaftaran pun tak mahal RM35 je setiap peserta dan dapat goodies bag, tshirt, Bib Race dan medal.
Pendaftaran pun tak mahal RM35 je setiap peserta dan dapat goodies bag, tshirt, Bib Race dan medal.
KATEGORI
Anak-anak akan di bahagikan kepada kategori mengikut lingkungan umur:
Caterpillar 4-6 tahun (0.8km)
Rabbit 7-9 tahun (1.8km)
Tiger 10-12 tahun (3km)
Selain larian ada juga aktiviti lain yang berlangsung di situ, jadi yang tak sertai larian boleh ambil bahagian acara lain ye. Jom la korang bawa anak-anak pendaftaran sampai 24 Oktober (selasa). Jangan lepaskan peluang keemasan ni.
Untuk ibu bapa pula korang boleh mendaftar sebagai sukarelawan acara, sementara anak-anak boleh berlari ibu bapa boleh tolong awasi dan ambil bahagian juga.
Untuk malkumat lanjut dan pendaftaran boleh klik https://www.sbbhosted.com/event/kids-eco-dash-2-0-2017-55
Race Kit pick up.
Date: 27 Oct 2017, Friday
Time: 11am - 10pm
Venue: Malaysia Tourism Centre @ Matic Jalan Ampang
2 comments
Bagus event ni. Boleh bawa anak-anak untuk sertai larian ala-ala marathon. Budak-budak mesti suka
ReplyDeleteevent ni bagus untuk anak2, tapi disebabkan anak kecik lagi, tak boleh nak join skli
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"