Sahabat Que 'Silent Readers'

Tips Memilih Wedding Photographer | MESTI BACA

10/26/2017 02:25:00 pm



TIPS MEMILIH WEDDING PHOTOGRAPHER

Untuk entry kali ini mari kita kongsikan tips memilih photographer utk majlis perkahwinan, baby potret DLL.

Agak-agaknya apa tips untuk bakal pengantin memilih photographer yang tepat bagi majlis bersejarah mereka?

Berikut disenaraikan beberapa tips yang berguna untuk anda.

Sila cari beberapa photographer untuk dilakukan perbandingan, mana yang terbaik. (saranan cari yg dekat dengan lokasi anda)

Anda perlu mengetahui citarasa gaya fotografi mereka sendiri, dan sila pilih photographer yang menepati citarasa anda.

Pastikan anda mendapat photographer yang anda kehendaki, bukannya dihantar photographer lain ke majlis anda. Mana mungkin hasil kerja tangan setiap orang sama. Elakkan menyesal kemudian hari apabila hasil gambar tidak menepati seperti mana anda lihat di website photographer.

Anda boleh bersikap cerewet dalam mencari photographer yang sesuai dengan citarasa, TETAPI elakkan cerewet semasa deal dengan photographer yang sudah dipilih. Kebebasan berkarya perlu diberikan kerana anda sudah memilih mereka.

Pastikan anda memilih photographer yang mempunyai passion dalam kerja mereka, terutama photographer FULLTIME, jika memilih yg PARTIME make sure mereka yg telah lama berkencinpung dalam dunia Fotografi ini.

Anda disarankan meminta galeri gambar yang banyak daripada photographer. Ini kerana lumrah untuk photographer hanya meletakkan 5-6 keping sahaja gambar terbaik mereka. Jikalau boleh, sila dapatkan galeri lebih 50 keping gambar untuk contoh 1 pasangan pengantin.

Sila berusaha untuk melihat album sample untuk elakkan menerima album yang murah dan rendah kualiti, dengan alasan untuk menjimatkan kos,

Pilihlah photographer yang sesuai, yang serasi dengan anda. Juga adalah penting untuk TIDAK terpengaruh dengan mana-mana photographer yang suka memburukkan photographer - photographer lain. Sebelum termakan hasutan, adalah tidak rugi untuk anda cuba deal dan dengar consultation daripada pelbagai photographer.

Pilihlah photographer yang friendly dan boleh berkomunikasi serta bergaul dengan family anda, terutama untuk majlis-majlis besar dan meriah.

Tanya apa kelebihan photographer atau perkhidmatan yg ditawarkan.

Call photographer anda elak ber SMS and booking segera…

p/s : bagi bakal pengantin elakkan mengambil photographer yg baru berjinak dalam dunia fotografi, majlis anda amat berharga.. elakkan terpengaruh dengan harga yg murah. photographer baru nak buat portfolio je.. jangan jadi majlis anda bahan uji kaji..

rujukan http://iqfaizal.blogspot.com/

You Might Also Like

3 comments

  1. tips berguna utk yg bkl kahwin

    ReplyDelete
  2. min untuk list harga perjam kisaran berapa ya
    dan untuk biaya biasanya dihitung dari jam atau hasil
    terimakasih

    ReplyDelete
  3. betul tu. jgn ambek yang murah sangat sebab biasanya diorang ni baru nk terjun dalam dunia ni

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad