JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018
Putrajaya, 20 Mac 2018 – Bersempena dengan
ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya,
bakal berlangsung JUALAN BARANGAN RAYA
FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama
sebulan bertempat di Dataran Putrajaya,
Presint 3. Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang
berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang
perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario
menarik setiap kali tibanya Ramadan.
Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk
mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang
berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya
sepanjang Ramadan. Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai
aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.
Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang
berupa sebuah biji kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan
‘busking’ para artis popular masa
kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa
serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella,
Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek,
Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30
selebriti terkenal tanahair.
Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam
penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama
selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi
kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk
akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan
majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.
Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai
daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain.
Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan
rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak.
Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan
memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal
tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian,
penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra
dengan personaliti popular tanahair.
Untuk maklumat dan
informasi terkini, sila hubungi;
Unit Publisiti Jualan
Barangan Raya Festival Ramadan Putrajya 2018
Jom pakat pergi! Bagus jugak shopping awal untuk raya, takdelah kelam kabut nanti.
ReplyDelete