Satu pengalaman baru pada Abe sekeluarga dapat berbuka puasa & merasa Buffet Ramadhan kat Restoran Don's Warong, Sri Hartamas. Buffet Ramadhan yg 'totally' masakannya diinspirasikan daripada masakan Citarasa Johor sepenuhnya.
Abe sampai awal sangat dlm jam 6:30 ptg, staf-staf Don's Warong masih lagi membuat persiapan. (gmbr: JuJu) |
Untuk pengatahuan korang, Restoran Don's Warong -
Buffet Ramadhan Citarasa Johor hanya buka bermula jam 7:00 - 9:00 petang. Hujan
lebat sepanjang hari tak dapat menghalang Abe sekeluarga bergerak daripada
Putrajaya terus ke Plaza Damas, Sri Hartamas. Bila dapat tahu mengenai Restoran
Don's Warong ni dari Blogger Ben Ashaari & Blogger Juju,
Abe terus tak nak lepaskan peluang untuk mencuba sendiri & merasai
pengalaman makan di sini. Nak datang ke sini mudah je, korang hanya perlu
'waze' nama Restoran Don's Warong, waze terus akan hantar korang terus ke
depan restoran.
Sampai je kat Restoran
Don's Warong, terus kami cari tempat duduk. Korang jangan risau, tempat
parking kereta banyak sepanjang jalan deretan kedai di Plaza Damas ni. Kat Restoran
Don's Warong, Sri Hartamas boleh muat 50 hingga 70 orang untuk berbuka
puasa dalam satu masa.
Meja makan ada tersusun di bahagian dalam restoran dan juga ada tersusus di bahagian luar kaki lima restoran. Korang jangan risau, ianya masih lagi duduk di meja makan yang berbumbung dan selesa. Korang boleh tengok gambar-gambar yang Abe snap kat atas tu. Selesa & luas. Kan? Jadi, senang nak ulang alik ambil makanan kat luar. Hehe.
gmbr: JuJu |
Kawasan makan bahagian dalam ada penghawa dingin walaupun 'open space'
manakala meja di luar tanpa penghawa dingin. Walaubagaimanapun, dua-duanya pun
dekat dengan stesen makanan. Abe sarankan duduk dekat dengan tempat makan.
Sebab suami mengandung secomel macam Abe cepat mengah kalau nak bangun duduk
ambik makanan.
Buffet Ramadhan 2018 Di Restoran Don's Warong, Sri Hartamas
Sebelum pilih nak makan kat sini, Abe ronda-ronda dari hujung ke hujung. Nak tengok lauk apa yang 'best' kat situ. Dah puas ronda, Abe terus 'decide', WAJIB CUBA SEMUA. Sebab bila kita makan buffet ni, tak boleh nak makan semua. Kena rasa sikit-sikit setiap satu. Memang kembong perut kekenyangan terlebih nanti kalau nak rasa semua secara 'heavy', hehehehe.

Cucur Udang & Tembosa |
Pengat Pisang dan Bubur Lambuk pun ada disediakan sama selain
buah-buahan. Jadi, ronda dulu menu apa yang
best dan tentukan nak yang mana. First round Abe ambil ringan-ringan dulu
macam bubur lambuk dan kuih-muih.
Yer lah, sebaik sahaja azan, Abe berbuka dulu dengan Kurma & Air Sirap sebelum Abe jamah kuih-muih. Bubur Lambuk tu, pehh sedap gila. Pekat, manis lemak dia memang sedap. Ta-daaaaa, seterusnya Abe pun mulalah.... Jeng, jeng, jeng...

Menggiurkan kan? Acar Rampai nama diberi... Fevret
Abe ni tau...
|
Menu Laksa Johor, aum aum aummmmm... Sedap tau. Abe jamah jugak tapi tak boleh nak makan banyak sebab ada banyak lagi menu lain nak dirasa jap lagi. Ikutkan 2 menu ni saja dah kenyang. Sebab yelah, dah makan semangkuk Laksa Johor dan Bubur Lambuk.
Rupanya perut ni boleh sumbat lagi makanan! Haha. Maaflah, bila dalam perut seseksi ni selera lain macam sikit. Dah makan pun rasa macam tak makan apa-apa lagi.
Nasi Beriani. Ada dua pilihan tau antara Beriani Ayam dan Beriani Kambing.
Beriani Ayam
Beriani Kambing
Kerabu Pucuk Paku, Sayur Campur dan Ulam-ulaman |
Dhalca dan Asam Pedas Ikan Pari
Untuk makluman korang, menu Buffet Ramadhan 2018 yang ada di Restoran Don's Warong, Sri Hartamas ni setiap hari berbeza tau. Korang boleh rujuk jadual kat bawah ni, ada Abe lampirkan sama.
--------------------------------------------------
klik untuk besarkan |
-----------------------------------------------------
Harga Promosi Buffet
Ramadan Restoran Don's Warong, Sri Hartamas
Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan. RM 39 untuk dewasa, RM18 untuk kanak-kanak dan PERCUMA untuk kanak-kanak berusia bawah 6 tahun. Buffet ramadhan ni sehingga 12 Jun 2018 je tau. Korang boleh rujuk kat gambar bawah:

Cara Nak Tempah Awal Promosi Buffet Ramadhan Restoran Don's Warong, Sri Hartamas?
Ada baiknya tempah makanan seawal mungkin sebab harga kira berpatutan jugak kan? Sekali sekala makan kat sini bawak family memang best.
Takdala bosan asyik beli makanan kat bazar, masak lauk yang sama tiap hari. Korang kena cepat-cepat buat tempahan dengan Call terus 03-62061242 atau korang boleh terus ke alamat:
Don's Warong Restaurant,
Plaza Damas, 60,
Jalan Sri Hartamas 1,
Taman Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Phone: 03-6206 1242
Pendapat Keseluruhan Makan Buffet Ramadhan Restoran Don's Warong, Sri Hartamas?
Sedap, puas hati dan yang paling penting, kenyang.
Betul-betul best rasa laksa Johor dan briani kambing tu abe, juju makan sampai rumah teringat ingat. Puas hati lah, berbaloi! Tq abe sudi berbuka puasa bersama dgn juju sekeluarga.
ReplyDeletewah, nampak hidangan sangat sedap.
ReplyDelete