Doktor Ini Kongsi 8 Cara Nak Suruh Perokok Berhenti Merokok Dengan Cepat dan Berkesan
11/07/2020 08:00:00 amSemua orang tahu merokok membahayakan kesihatan dan memudaratkan badan selain mudah mendapat berbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan paru-paru, jantung dan sebagainya. Biarpun kebanyakannya perokok tegar sedar akan hal ini, namun untuk berhenti dengan mengejut bukanlah sesuatu yang mudah.
Mengapa susah sangat nak berhenti merokok? Apakah cara atau tips untuk berhenti merokok dengan cepat dan berkesan? Soalan-soalan seperti ini pasti menjadi pertanyaan mereka yang ingin berhenti dari merokok tetapi masih lagi tidak dapat melakukannya. Ada yang cuba berhenti tetapi akibat kesan berhenti merokok secara mendadak, ada yang sakit, demam dan sebagainya.
Sebenarnya, kesedaran dan keinginan untuk tidak lagi menghisap rokok pasti ada dalam diri mereka yang telah melihat bagaimana orang yang menghisap rokok menanggung penderitaan mereka. Ibu atau pasti isteri pasti terus menerus menyuruh dan memujuk anak atau suami supaya jangan hisap rokok tetapi semua itu tidak menjadi.
Tips untuk berhenti merokok selamanya yang sebenarnya adalah daripada hati dan nafsu sendiri. Cara nak suruh suami atau anak berhenti merokok pula sebenarnya tidaklah susah kerana seorang isteri atau ibu harus memainkan peranan serta berikan kesedaran kepada si perokok tanpa putus asa. Berikan mereka sedikit masa dan nasihati mereka dengan cara yang lembut, pastinya satu masa nanti mereka akan meninggalkan tabiat merokok tersebut.
Perkongsian dari Dr. Ezainy M. Sallih ini menyarankan kepada semua isteri di luar sana agar mengikuti bagaimana cara untuk menangani dan memujuk suami supaya tidak merokok lagi. Petua ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa atau sesiapa yang tidak ingin melihat orang yang disayangi terus merosakkan tubuh badan mereka.
Cara Nak Suruh Perokok Berhenti Merokok
Orang yang menghidu asap rokok berisiko tinggi mendapat penyakit. |
Anda berhadapan dengan ahli keluarga yang merokok?
Rasa susah untuk nasihat mereka? Sukar untuk berhenti?
Saya senaraikan beberapa langkah terbaik untuk menghentikan tabiat merokok.
1. Sedut minuman
Apabila kita menyedut minuman dengan menggunakan straw, ia akan mengganti dan membantu untuk menhenti keinginan menyedut rokok.
2. Mengunyah dan makan
Salah satu cara untuk melupakan kita dengan tabiat merokok ialah ambil apa-apa makanan. Kerapkan makan. Bagi mengelakkan kenaikan berat badan, ambil makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Kuantiti sedikit secara kerap. Ambil buah-buahan contohnya. Mengunyah chewing gum juga bagus.
3. Penuhkan jadual bulanan anda
Ini paling best! Buat jadual bulanan secara tetap. Sebelum masuk bulan baru, pastikan anda buat jadual harian selama sebulan. Padatkan rutin harian. Semakin sibuk anda, semakin lemah keinginan anda terhadap perkara lain seperti merokok.
4. Banyakkan aktiviti sihat
Bersukan adalah cara terbaik untuk berhenti merokok. |
Berbasikal, bersukan dan berlari contohnya. Sibukkan diri dengan aktiviti sukan dan lasak akan menjadikan hidup lebih bermanfaat.
5. Ingat semula kenapa anda berhenti merokok
Tulis besar-besar di dinding, di pintu peti ais, di dapur dan di bilik. Letak gambar keluarga dan anak-anak. Anda pasti akan sentiasa bermotivasi dengan matlamat asal anda.
6. Simpan duit setiap hari
Jadikan amalan menyimpan wang yang selama ini anda guna untuk rokok dengan menyimpan di tabung. Kalau sebelum ini setiap hari beli sekotak rokok berharga sepuluh ringgit contohnya. Sekarang simpan nilai berkenaan setiap hari di tabung simpanan anda. Bila keinginan untuk merokok datang, lihat kembali berapa banyak wang yang telah anda simpan semenjak berhenti merokok.
7. Tulis semua trigger kepada merokok
Anda mesti tahu apa situasi yang menyebabkan anda akan merokok. Tulis dan senaraikan semuanya. Kenalpasti kelemahan anda. Elakkan ia. Tak guna kalau mampu berhenti tiga bulan tapi merokok semula hanya kerana perkara yang anda sendiri boleh elak.
8. Keep on track
Kekalkan momentum dan motivasi anda. Banyakkan hadiri program bermanfaat seperti ceramah agama, aktiviti bersama keluarga, create hobi baru. Semua perkara ini akan membuat anda terus konsisten dengan matlamat anda. Jangan putus asa!
Semoga bermanfaat. Saya doakan anda semua diberi kesihatan berpanjangan dan dikurnia keluarga bahagia.
Dorongan dan sokongan dari berbagai pihak terutamanya dalam keluarga adalah penting untuk memastikan perokok tegar berhenti merokok untuk selamanya. Kesabaran yang tinggi juga harus ada untuk menangani masalah ini dan perokok juga wajib memujuk hati serta nekad untuk berhenti, MESTI BOLEH. - koleksiviral.com
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"