Thursday, 29 October 2020

Cara Hilangkan Resdung Dengan Petua dan Rawatan Tradisional

Resdung hidung

Resdung adalah sejenis penyakit yang disebabkan terjadinya keradangan atau inflamansi di bahagian rongga hidung atau dinding sinus akibat jangkitan kuman iaitu virus atau bakteria yang menjadi punca dan tanda-tanda resdung. Ia juga turut dikenali sebagai sinusitis walaupun terdapat perbezaan yang mana ia boleh dijangkiti oleh semua orang tanpa mengira had umur.

Biasanya penyakit resdung atau sinus boleh membuatkan seseorang individu itu akan berasa tidak selesa dan rimas dengan keadaan semasa apabila menghidap resdung yang sering dikaitkan dengan hidung yang gatal dan mata berair.

Tetapi, bukan itu sahaja malahan simptom atau tanda-tanda resdung biasanya orang yang mengalami penyakit ini tidak akan menyedarinya kerana tandanya seolah masalah kecil dan perkara biasa yang sering berlaku kepada semua manusia dalam kehidupan seharian.

Disebabkan itu, ramai yang tidak memandang serius tentang tanda yang terjadi. Apabila berlakunya gejala tersebut, seseorang itu haruslah mencari cara untuk mengatasi penyakit ini sebelum ianya menjadi lebih parah.

Berikutnya adalah beberapa jenis-jenis dan punca resdung yang harus anda ketahui sebelum ianya menjadi lebih teruk lagi.

Gejala Penyakit Resdung

Punca kemunculan mukosa diperingkat awal atau lendir dari hidung atau tekak yang biasanya berwarna kuning atau hijau menjadikan hidung tersumbat yang menyebabkan kulat dan  bakteria membiak serta berlakunya keradangan pada hidung sehingga menjadi satu tekanan kepada pesakit.

punca resdung jerawat

Sakit pada bahagian muka seperti mata, dahi, dagu dan lebih sakit lagi jika ditekan.

Sakit tekak yang berpanjangan, batuk yang biasanya terjadi waktu malam berulang-ulang yang menyebabkan tidak selesa.

Tidak sedap badan, sakit kepala dan demam yang berpanjangan.

Pada waktu pagi gatal pada hidung yang menyebabkan terjadi bersin berulang-ulang dan selsema.

Terjadinya resdung jerawat yang banyak di muka dan juga di bahagian badan seperti di belakang badan.

Kurangnya deria bau untuk menghidu sesuatu dan nafas jadi berbau.

Kulit kepala mempunyai kelumumur, sering gatal dan rambut gugur.

Tidur berdengkur yang mempunyai kaitan dengan kawasan rongga hidung sehingga terjadinya dengkuran.

Sakit gigi

Kegatalan yang berpanjangan akibat serangan akut akan menyebabkan penyakit ini menjadi lebih kronik. Pada peringkat ini banyak faktor-faktor yang akan dialami oleh penghidap resdung sehinggakan terkadang bau busuk juga tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit, walau bagaimanapun perkara ini akan disedari oleh orang-orang terdekat seperti keluarga dan rakan.

Wikipedia turut menyatakan penyakit ini tidak hanya menyerang orang dewasa sahaja malahan kanak-kanak juga boleh menghidap resdung terutama mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung jadi tersumbat. Resdung kanak-kanak biasanya akan merebak ke dalam mata yang mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah sekiranya dibiarkan tanpa sebarang rawatan ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Cara Merawat Resdung Dengan Berkesan

Bermacam cara untuk merawat resdung yang dapat dilihat pada masa kini sama ada dengan petua tradisional untuk mencegah penyakit ini atau dengan ubat resdung terbaik yang di beli dari farmasi. Namun, kaedah rawatan yang paling berkesan dan mujarab sama ada cara Islam atau cara kampung boleh dicuba sebagai ikhtiar atau cara untuk menghilangkan penyakit sinus ini.

Sekiranya penyakit anda itu semakin parah seperti adanya ulat resdung yang dapat dilihat, anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Biasanya di klinik doktor akan menggunakan kaedah CT scan untuk mencari punca utama bagaimana resdung berlaku dan disarankan mendapatkan nasihat dari doktor pakar telinga, hidung dan tekak (THT).

Walau bagaimanapun, sekiranya tahap resdung anda masih lagi di peringkat awal, anda boleh merawatnya dengan mengikut beberapa petua yang dapat diamalkan untuk mengurangkan kesakitan dan mencegah penyakit ini dengan cepat dan berkesan. Amalan yang konsisten dan tidak mengabaikan cara rawatan pasti akan membuahkan hasil yang memuaskan.

Petua Hilangkan Resdung Secara Tradisional

1. Limau Nipis dan Daun Pandan

Limau nipis dan daun pandan

Campuran limau nipis dan daun pandan juga berkesan untuk menghilangkan penyakit ini dengan mengambil beberapa biji buah limau nipis dan beberapa helai daun pandan yang dihiris halus. Manakala, limau nipis diperah sehingga mengeluarkan air yang banyak lalu ditapis.

Campurkan kedua-duanya dan ramaskan daun pandan tersebut selama beberapa minit. Kemudiannya tapiskan campuran limau dan daun tersebut sebelum disapu ke wajah anda. Anda harus mencuci muka terlebih dahulu dan elakkan menggunakan cara ini terhadap kanak-kanak.

Elakkan dari campuran tersebut terkena pada mata atau mulut dan sapukan ke muka tanpa mengelapnya. Tunggu sehingga kulit muka kering dan sapukan lagi secara berulang. Lebih elok jika diulang setiap 3 jam sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Untuk langkah yang terakhir, cucikan wajah anda seperti biasa dengan air mandian.

Cara menghilangkan resdung menggunakan daun pandan dan limau nipis pada setiap pesakit akan mendapat kesan yang berbeza selepas menggunakan kaedah ini kerana penyakit resdung setiap orang berlainan. Sekiranya anda takut untuk melakukannya, adalah lebih baik merujuk kepada doktor pakar.
Berikutnya adalah petua rawatan resdung paling berkesan kami kongsikan untuk anda. Sila ikuti petua yang ditunjukkan supaya penyakit anda terus sembuh dengan cepat. 


Ulat Resdung Keluar Dari Hidung dan Muka

Ada yang mengatakan cara mengubati resdung menggunakan lipas tanah adalah cara buang ulat resdung yang terdapat di muka pesakit. Bahan yang digunakan perubatan resdung tersebut hanya lipas dan jampi sebelum wajah pesakit digosokkan dengan lipas tersebut dan kemudian ulat-ulat yang menyebabkan pesakit merasa gatal-gatal itu akan keluar kemudiannya.

Ada yang berpendapat petua yang digunakan oleh pengamal perubatan resdung tersebut adalah tipu dan pembohongan semata-mata. Ulat tersebut bukannya daripada muka atau hidung pesakit tetapi berpunca daripada perut lipas itu sendiri selepas ditekan maka keluarlah ulat berkenaan yang kelihatan seakan-akan ulat resdung.

Walau bagaimanapun, satu kenyataan daripada seorang pelanggan yang mendakwa telah mendapatkan rawatan resdung daripada seorang Imam iaitu perawat resdung menggunakan cara yang sedemikian dan penyakit resdung yang dialaminya telah pulih sepenuhnya.

Menurut Aziyah Paiminrawatan yang menggunakan lipas tanah ini bukan tipu dan ia memang betul. Saya sudah bawa beberapa kawan saya untuk berubat di kampung saya ini. Alhamdulillah, memang berkesan.

Kakak saya sendiri muka dia penuh jerawat, dia berubat sekali saja terus jerawat dia berkurangan dan normal. Bukan saja kakak saya tetapi kawan-kawan saya yang mendapatkan rawatan daripada Imam ini semuanya sembuh.

Bukan itu saja, ada pesakit resdung yang lain datang daripada Kedah, muka teruk sampai ke kepada berjerawat. Dia berubat tiga kali, dia pulih, tak gatal-gatal dan jerawat boleh berkurangan. Dia siap buat kenduri lagi di rumah Imam tersebut.

Setiap orang ada ulat resdung dalam kulit kita, cuma kalau yang terlalu banyak itu tak normal dan menyebabkan gatal, jerawat, kadang-kadang muka tiada jerawat tapi kita alergik dengan makanan laut (seafood) atau gatal kat telinga dan lain-lain.

Saya pernah cuba untuk diri saya sendiri, ada keluar dua saja ulat. Saya terjumpa perkongsian ini pun sebab nak cari orang boleh membuat rawatan resdung guna lipas tanah ini sebab Imam tersebut katanya telah meninggal dunia dan anak-anaknya pun sudah tak mahu lagi buat kerana susah untuk mendapatkan stok lipas tanah.

Hanya rawatan menggunakan lipas tanah itu sahaja berkesan menghilangkan resdung, yang lain hanya mengawal dan meredakan sahaja. Nasihat saya, jangan tulis kalau tak tahu kebenaran walaupun awak adalah guru Sains, sebab ayat yang digunakan dalam perubatan pun sebenarnya dari Al-Quran.

Resdung Tiada Kaitan Dengan 'Ulat'

petua resdung hidung

Untuk kesahihan tentang ulat resdung seperti yang diperkatakan oleh ramai orang, kenyataan dan penjelasan dari pihak Kerajaan Malaysia sendiri yang harus kita akui kebenarannya.

Berikutnya adalah penerangan tentang resdung yang dikatakan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan ulat daripada portal Penerangan.gov.my yang diterangkan oleh Perunding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Darul Ehsan (Demc), Dr Abd Razak Rahman Hamzah.

Tiada kaitan antara ulat yang terhasil di bahagian muka dengan penyakit resdung atau disebut `sinusitis' dalam istilah perubatan malah penyakit itu juga tidak memberi kesan terhadap kulit seperti berlakunya jerawat.

Ini disebabkan sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manakala jerawat adalah masalah kesihatan membabitkan kulit.

Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.

Menurut beliau lagi, sekiranya rongga sinus didapati tersumbat ianya berisiko akan mendatangkan masalah kesihatan kerana pembiakan bakteria di dalam akan menghasilkan nanah. Sekiranya dibiarkan berpanjangan, nanah akan mereba ke bahagian mata sehingga mengakibatkan buta selain turut merebak ke bahagian otak.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang mengalami selesema yang berlarutan dan tidak sembuh selepas tujuh hari, seseorang itu mungkin sedang menghidap sinusitis dan memerlukan rawatan atau ubat-ubatan resdung yang sesuai pada peringkat permulaan sebagai langkah menghalang ia berlarutan.

Di peringkat awal rawatan iaitu kurang daripada 4 minggu, mungkin masih boleh diubati dengan menggunakan ubat dan juga antibiotik tetapi sekiranya kronik atau berpanjangan sehingga melebihi 8 minggu, keadaan tersebut memerlukan pembedahan.

Rawatan Resdung Cara Islam - Ustaz Sharhan


Doa Resdung

penyembuh kurangkan untuk hilang

Seseorang yang menghidapi selesema berlarutan tetapi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera untuk mencegah penyakit ini. Semoga artikel cara hilangkan resdung dan petua rawatan tradisional ini bermanfaat kepada semua yang mempunyai sakit resdung. - koleksiviral.com

1 comment:

  1. Nice sharing.. Kebetulan LZ pengidap mild sinusitis..
    In shaa Allah boleh amalkan petua dan rawatan resdung ini sebab LZ prefer cara tradisional.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"