Dua minggu lepas, Abe ke Alamanda. Tujuan asal nak cari produk sabun & mandian untuk Ean rifqee. Disebabkan Ean ni jenis kulit sensitif, setelah duk lama gugel, Abe dah jumpa solution. Abe nak try produk daripada Himalaya pulak kali ni. Alamanda dekat je dengan rumah Abe. Abe dah beli produk tu dan dah guna selama seminggu lebih. Subhanallah, betullah, berkesan. Ruam pada leher Ean dah hilang, Alhamdulillah.
Sebelum ni Abe dah guna banyak produk baby range dan produk kanak-kanak, tapi tetap Ean kena ruam je. Haritu Abe cuma sempat cuba Baby Soap dan Baby Cream je tau, hasilnya seperti kat atas tu, ruam hilang selepas 3 hari guna.
Kelebihan Produk Baby Range Himalaya
1. Gentle Baby Shampoo - ringan dan tiada air mata dan baik untuk rambut dan kulit kepala bayi anda.
2. Gentle Baby Bath - pH seimbang dengan formula bebas sabun.
3. Moisturizing Baby Soap - membersihkan kulit bayi, menjadikannya lembut, lembut dan sihat.
4. Baby Cream - melindungi pipi kering, siku, lutut & kawasan luaran.
5. Baby Lotion - menyuburkan dan menyimpan kulit tanpa jangkitan.
6. Baby Powder - diperkaya dengan minyak zaitun & badam untuk menjadikannya lembut & segar.
Cara guna Produk Baby Range:
1. Mandikan dengan Baby Soap
2. Lap kering dan sapukan Baby Cream
3. Semudah ABC je. Takde pantang larang lain tau
Butik Himalaya
Korang boleh dapatkan senarai Butik-Butik Himalaya kat website Himalaya. Korang tengok je mana-mana butik berdekatan dengan korang yang boleh korang terjah untuk dapatkan produk-produk Himalaya.
Pelbagai Produk Himalaya
Selain daripada Produk Baby Range, ada lagi produk-produk lain yang boleh korang dapatkan di Butik-Butik Himalaya. Antaranya:
1. Bonnisan
2. Diagard
3. Botanique
4. Crystone
5. Premium Cream
6. Skin Wellness
Abe bagi “two thumbs up” sebab boleh dikatakan kebayakan produk kesihatan dan penjagaan diri boleh didapati kat sini seperti produk kecantikan dan kosmetik, sudut Ibu dan Bayi, dan yang paling menarik sebab ada sudut khas untuk untuk produk Himalaya Healthcare Malaysia.
Keahlian Himalaya Wellness
Oh ya,vmasa nak bayar tu dapat la info dari cashier kedai pasal macam mana nak jadi ahli produk Himalaya ni. Senang je,dengan pembelian RM100 dalam satu resit automatik dah menjadi ahli. Keistimewaannya setiap pembelian RM100 akan dapat rebet tunai RM10 dan diskaun 15% untuk setiap kali pembelian. Dan keahlian ni boleh guna di semua kedai / outlet dan butik Himalaya Wellness. Menarik kan?
Keahlian Himalaya Wellness
Oh ya,vmasa nak bayar tu dapat la info dari cashier kedai pasal macam mana nak jadi ahli produk Himalaya ni. Senang je,dengan pembelian RM100 dalam satu resit automatik dah menjadi ahli. Keistimewaannya setiap pembelian RM100 akan dapat rebet tunai RM10 dan diskaun 15% untuk setiap kali pembelian. Dan keahlian ni boleh guna di semua kedai / outlet dan butik Himalaya Wellness. Menarik kan?
Ni sikit video yg Abe rakam masa kat kedai Himalaya ni. Kalau nak maklumat lanjut lagi korang boleh layari :
Facebook : www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram : www.instagram.com/himalayaMalaysia/
#HimalayaMalaysia #HimalayaWellness #HimalayaHerbals #BabyRange
p/s :
Jom guna produk yang lebih mesra alam dan selamat.