Gambar Kucing Comel Dan Manja (Anak Kucing Lucu dan Paling Cute Sangat)
10/19/2020 11:50:00 am
Pasti ramai yang sukakan kucing comel dan binatang peliharaan yang lain seperti hamster, arnab, burung dan sebagainya yang dijadikan sebagai peneman setiap masa. Tetapi kucing adalah yang sering digemari ramai orang di dunia lebih-lebih lagi anak kucing yang sangat comel dan cantik bulunya.
Sesetengah orang yang membela dan amat meminati kucing atau dipanggil sebagai cat personsanggup menghabiskan duit semata-mata untuk kucing kesayangan mereka malahan berbagai koleksi gambar kucing comel dengan bermacam aksi cute pasti akan ada di bilik atau sekurang-kurangnya di telefon mereka.
Kucing juga adalah haiwan kesayangan Rasulullah malahan dikatakan pembelanya akan mendapat manfaat sekiranya membelanya dengan penuh kasih sayang selain mampu menghilangkan stress, meneman kita di saat kesepian dan juga turut memberikan kebaikan kepada kita dari segi kesihatan.
Mempunyai haiwan kesayangan yang ditatang bagaikan seorang manusia adalah tidak lagi menjadi sesuatu perkara yang aneh kerana haiwan seperti kucing ini dapat mengubah hidup si pembelanya dan ini terbukti banyak kisah dan teladan yang baik berkaitan dengan kucing.

Sifat kucing yang manja, penyayang dan beberapa sifatnya yang semulajadi ini telah diciptakan kepada manusia untuk disayangi dan dibelai manja yang menjadi peneman dan kekasih sesiapa sahaja yang membelanya.
Kepada anda yang amat suka pada kucing pastinya akan mengambil gambar kucing kesayangan mereka untuk kenang-kenangan kerana kucing juga seperti manusia yang akan mati apabila sampai waktunya.
Berikutnya dikongsikan beberapa gambar kucing paling comel di dunia untuk tatapan semua peminatnya yang suka bermacam-macam jenis kucing seperti kucing Parsi, Siam, British Shorthair, Bengal, Egyptian Mau, Munchkin dan banyak lagi. Gambar kucing di bawah adalah sekadar perkongsian tidak mengikut jenis-jenisnya.
Koleksi Gambar Kucing Paling Comel di Dunia
Gambar-gambar kucing yang comel ini dalam bentuk High Definition (HD) iaitu berkualiti tinggi yang boleh anda download. Paparan gambar pula akan mengambil masa untuk jelas secara keseluruhan kerana size gambar yang besar untuk anda gunakan sebagai wallpaper atau koleksi dan sebagainya.

































Gambar-gambar Kucing Kartun
Berikutnya koleksi gambar-gambar kucing kartun yang boleh anda download dan crop untuk dapatkan mana-mana karakter kucing kartun yang anda suka. Semuanya comel-comel dan ilustrasi kucing ini sangat berkualiti dengan warna yang terang dan saiz gambar yang besar.








Kalendar Kucing Kartun 2019
Anda juga boleh muat turun gambar kalendar kucing untuk tahun 2019, sila klik pada gambar untuk dapatkan paparan lebih jelas. Anda juga boleh jadi gambar ini sebagai wallpaper di komputer atau cetak untuk dijadikan hiasan dinding.




Semua gambar kucing comel, manja, gebu dan lucu termasuk kalendar kucing ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk koleksi peribadi tetapi tidak boleh dijual tanpa keizinan daripada pemilik gambar atau pelukis gambar.
SUMBER: KOLEKSIVIRAL
2 comments
alahai comelnya. geramtapi nak bela seketoi tak terdaya n mampu.
ReplyDeletecomel sekali ..banyak lah anak2 si miow yang cantik molek
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"