Sahabat Que 'Silent Readers'

Cara Mudah Bayar Zakat Online Guna i-TAP Bank Islam

5/04/2021 06:00:00 am

 
Assalamualaikum, kali ni Abe nak share dengan korang cara mudah untuk bayar zakat fitrah secara Online guna i-TAP Bank Islam. Semuanya djhujung jari korang je. Semua bayaran Zakat Fitrah bermula 1 Ramadan 2021 (maghrib) sehingga pagi raya sebelum Solat Raya 1Syawal.
 
Sebelum tu, Abe share dulu info pasal zakat. Sekadar untuk refresh balik pengetahuan kita bersama. 
 
Syarat Wajib Zakat
 
1. Islam

2. Merdeka - Bukan Hamba -Bebas mencari rezeki

3. Milik sempurna - Harta mestilah dimiliki sepenuhnya dan dapat digunakan pada masa yang dikehendaki tanpa terikat dengan kebenaran dari orang lain. Sempurna dari segi pemilikan (Hak Hiyazah) dan keupayaan mengurus (Hak tasarruf).

4. Cukup Nisab - Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan Syarak untuk mewajibkan zakat. Sesetengah harta yang hendak dizakatkan mestilah bersamaan atau lebih nilainya dengan nilai 85 gram emas mengikut harga semasa seperti zakat emas, pendapatan, wang simpanan dan saham. Manakala, sesetengah harta yang lain menggunakan kadar nisab yang tersendiri seperti zakat ternakan, tanaman dan rikaz dan perak.

5. Cukup haul - Haul ialah berlalu tempoh setahun (12 bulan) harta dimiliki. Perkiraan haul dalam hukum syarak adalah berdasarkan kepada tarikh hijriiah (354/355 hari). Apabila genap setahun harta dimiliki, barulah diwajibkan zakat.
 
Syarat Sah Zakat
 
1. Niat

2. Memberi Milik - Untuk sahnya pemberian zakat disyaratkan “memberi milik”, iaitu dengan cara diberi kepada orang yang berhak.

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Bagi Tahun 2021
 
Bayarlah ikut beras yang biasa kita makan.

RM5 - Beras Super Special Tempatan (5% Hancur) - Wilayah Persekutuan
RM7 - Beras Super Special Tempatan (5% Hancur)
RM14 - Beras Super Import / Beras Perang / Beras Pulut / Herba Ponni / Beras Wangi
RM21 - Beras Basmathi / Beras Jepun / Beras Merah
 
1. Perlis: RM7.00
 
2. Pulau Pinang: RM7, RM12, RM16
 
3. Kedah: RM7, RM14, RM21

4. Perak: RM7, RM14, RM21
 
5. Selangor: RM7, RM14, RM21

6. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan): RM5, RM7, RM14

7. Melaka: RM7, RM14

8. Johor: RM7, RM10

9. Pahang: RM7
 
10. Terengganu: RM7

11. Kelantan: RM7, RM14, RM21

12. Sarawak: RM7

13. Sabah: RM7

14. Negeri Sembilan: RM7
 
Ramai yang bertanya, macam mana nak bayar Zakat jika kita tidak berakad dengan Amil Zakat, meh Abe share. Senang je caranya. Nak lagi mudah, korang klik je link yg Abe dah sediakan kat bawah ni. 
 
Cara Bayar Zakat Secara Melalui Perbankan Mudah Alih i-TAP Bank Islam
 
Kelayakan 
 
Ia adalah terbuka kepada semua pelanggan individu Perbankan Mudah Alih-i TAP (“TAP”) yang baru dan sedia ada yang menetap di Malaysia, termasuk kakitangan Bank Islam dan anak-anak syarikat, agensi pengiklanan, ahli keluarga terdekat mereka atau mana-mana orang yang berkaitan dengan pentadbiran kempen ini. 
 
Bagi menggunakan TAP, pelanggan hendaklah mendaftarkan namanya di Bank Islam dan mematuhi prosedur pendaftaran serta pengaktifan yang ditetapkan oleh Bank.
 
Mekanisma i-TAP
 
Pelanggan TAP perlulah melakukan transaksi pembayaran zakat khusus kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuansama ada di dalam menu (Zakat Wilayah Persekutuan) atau bil terbuka (ZPKL) di Perbankan Mudah Alih-i TAP 
 
Perbankan Mudah Alih-i TAP disediakan kepada pelanggan yang mempunyai akaun individu (akaun Semasa atau akaun Simpanan) atau akaun milikan tunggal dengan Bank Islam
 
Semua transaksi akan dikesan oleh sistem secara automatik.
 
Setiap transaksi pembayaran bil termasuk pembayaran zakat melalui TAP akan dikenakan bayaran RM1 bagi setiap transaksi. 
 
Cara Mudah (Video) Menggunakan Perbankan i-TAP Bank Islam
 
Nak lagi mudah, korang tengok je video yg Abe share ni
 
Video 1:
kredit video: Ali Gajet
 
Video 2
kredit video: The Haikal
 
Video 3
kredit video: BIMB
 
Video 4
kredit video: BIMB
 
Pautan Pantas i-TAP Bank Islam Malaysia Berhad
 

2. Klik Bank Islam Malaysia Berhad dan log masuk ke Perbank Internet Korang

3. Pilih “BillPay”>"OpenPayment"

4. Pilih "Pusat Pungutan Zakat WP"

5. Masukkan " Nama, No Ic, Jenis Zakat, Amaun"

6. Masukkan "No OTP"

7. Klik "Submit"

Mudah bukan? semuanya di hujung jari je. Pelbagai platform boleh digunakan untul kita membayar zakat fitrah. Maka tidak ada alasan untuk kita sukar menunaikan Zakat Fitrah. Semuanya di hujung jari sahaja. Jadi, tiada alasan lagi untuk korang yang telah cukup syarat ini mengelak daripada membayar zakat. Semoga kita semua mendapat lebih keberkatan rezeki apabila korang memenuhi tuntutan Allah s.w.t.


Sertai Jom Zakat Cashless sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Sebagai galakan dan
insentif untuk menunaikan zakat kepada semua golongan yang layak.
 
 
Klik untuk menyertai bit.ly/zakatcashless2021
Untuk maklumat lanjut:



Facebook: Zakat Selangor

Instagram: @zakat selangor

No. Telefon: 1 300 88 4343

Emel: maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad