TIPS UNTUK HILANGKAN KEBOSANAN DI RUMAH
5/12/2024 03:00:00 pmRata-rata kita rakyat Malaysia dah berasa bosan terkurung di rumah berbulan-bulan lamanya. Nak keluar pun tak boleh apatah lagi nak bercuti-cuti mahupun Staycation KL. Lagi-lagi dengan kehadiran variant-variant baru yang lebih ganas dan berbahaya.
Di sini saya nak rekemenkan beberapa aktiviti yang korang boleh cuba untuk menghilangkan kebosanan sepanjang tempoh pandemik ni. Cubalah mana tau boleh bantu korang dalam masa-masa kita semua menghadapi cabaran kes Covid yang makin meningkat ni.
1. Belajar Bahasa Baru
Inilah masanya untuk korang mencuba sesuatu yang baru. Belajar bahasa baru seperti bahasa Korea, Perancis ataupun Italy. Boleh cari kelas online atau korang boleh cuba dekat duolingo.com. Banyak manfaatnya belajar bahasa asing ni. Salah satunya tambah skill dalam resume.
Imej: Pixabay.com
2. Belajar bermain alat muzik
Mungkin ada antara kita yang tidak tahu bakat sendiri. Boleh la mencuba dengan belajar bermain gitar atau ukulele. Selain cari guru, boleh jugak belajar melalui youtube. Mana tahu korang boleh hasilkan lagu sendiri nanti.
3. Marathon movie / drama
Selain menonton Netflix, apa kata korang buat list movie-movie yang menarik sepanjang zaman seperti Starwars, Lord of The Rings dan Supernatural yang dah cecah 15 siri atau K-drama yang menjadi ikutan ramai. Tapi jangan lah binge-watching sampai ganggu waktu tidur dan makan.
Imej: Pixabay.com
4. Berkebun
Walaupun tidak mempunyai ruang laman yang luas atau tinggal di apartment, korang boleh juga menambah sedikit tanaman hijau di rumah dengan pokok yang mudah dijaga seperti herba dan pokok jenis succulent.
5. Mencuba menu yang baru
Jom cuba menu baru atau belajar mem’baking’. Sambil boleh test skill memasak korang boleh juga menghilangkan kebosanan di rumah. Cari menu-menu yang makanan chef hotel terkenal mahupun restoran yang sentiasa menjadi pilihan keluarga. Selain mengasah bakat, boleh berjimat sambil menikmati makanan air tangan sendiri. Mana tahu boleh jadi setaraf chef profesional.
6. Bersenam
Jika ada budget, boleh la dapatkan treadmill yang bersesuaian untuk bersenam di dalam rumah. Tetapi korang juga boleh bersenam dengan percuma dengan pelbagai teknik-teknik senaman yang ada atau berzumba. Mungkin juga boleh mencuba yoga. Sambil luruskan badan sambil tenangkan fikiran.
7. Tukar dekorasi rumah
Bila kali terakhir korang mengubah dekorasi rumah? Memandangkan kebanyakkan kita sekarang bekerja dari rumah, boleh la menukar beberapa ruang di dalam rumah mengikut keperluan. Ruang bekerja, ruang berehat dan ruang makan. Berikan nafas baru kepada ruang di rumah dengan menukar kedudukan meja, menambah bantal comel di kerusi dan sedikit sentuhan alam semulajadi dengan pokok cactus.
Imej: Pixabay.com
8. Membaca buku
Hobi dari kecil ini mungkin telah korang tinggalkan. Apa kata jadikan balik membaca sebagai salah satu hobi untuk mengisi masa lapang. Sekali sekala kita rehat kan mata dari menatap skrin.
9. Video call dengan rakan-rakan dan keluarga
Walaupun duduk dirumah bukan halangan untuk kita mengeratkan silaturahim dan bertanya khabar. Ada pelbagai cara untuk video call. Walaupun ada yang kita sentiasa bermesej setiap hari, tetapi percayalah ada perbezaan bila dapat bercakap secara bersemuka.
10. Rancang percutian
Untuk hilangkan rasa membuak-buak untuk keluar bercuti, korang boleh cuba buat perancangan dahulu. Kalau kata nak keluar jauh dari bandar, boleh la cari Hotel in Langkawi yang memenuhi budget dan keperluan dulu. Buat list tempat-tempat yang nak di lawati atau aktiviti sepanjang percutian nanti. Cubalah dahulu. Perancangan percutian juga boleh membantu memberi rasa positif dalam diri dan menaikkan mood korang.
1 comments
Anytime two or more individuals wager cash on the outcome result} of a sporting occasion, 1xbet they're engaging in sports activities betting. It doesn’t matter if the wager is $1 or $1 million, or if the sporting occasion is going on right now, tomorrow or months down the highway. If there are dollars riding on the result of|the outcomes of} an occasion, it’s sports activities betting. Our editorial team publishes the latest news, tips, and pre-game betting evaluation. Dig deep into major league sports activities with odds and matchup reviews for NFL, NBA, MLB, together with NHL and NCAA soccer and basketball.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"