Setelah 2 tahun
berdepan dengan kita semua bergelut pandemik, akhirnya kita akan beralih ke Fasa Endemik bermula 1 April lalu.
Kebetulan pula dah masuk bulan Ramadan. Walaupun masih perlu ikut SOP
tapi syukur Alhamdulillah kita dah boleh kembali menjalani kehidupan
seperti biasa. Dah boleh berterawikh, pergi bazar ramadan dan juga
dine-in buffet ramadan.
Sebut pasal buffet ramadan, bagi menyambut kegembiraan di bulan ramadan
ni pasti ramai yang mengambil peluang untuk berbuka puasa bersama
keluarga dan kawan-kawan. Maklum la, dah 2 tahun kita berbuka puasa di
rumah je. Tentu rindu nak merasai keenakan menu dan juadah di buffet
ramadan kan. Ehemm, dah decide ke lokasi iftar tahun ni?
Abe
nak kongsikan satu lokasi untuk korang iaitu di AnCasa Residences,
Port Dickson Negeri Sembilan. Tema buffet ramadan di AnCasa Residences,
Port Dickson tahun ni ialah Warna Warni Ramadan. Ada 18 gerai utama kali
ini yang menyajikan menu sajian bertemakan masakan Negeri Sembilan, masakan Barat dan Oriental antaranya:
Menu setiap hari di sini akan di tukar secara penggiliran, bermakna setiap hari menu berbeza-beza akan dihidangkan.
- Daging gulai kawah berkentang
- Nasi briyani Taj Mahal
- Ayam rendang minang daun mamam
- Nyonya kari terung
- Seafood brastagi
- Tempoyak daun kayu
- Ikan asam rebus
- Dalca sayur
Hidangan
istimewa yang disediakan di AnCasa Residencest adalah seperti Negeri Sembilan Special, Lauk Pauk Tradisional, Apam Balik, Pencuci Mulut &
Buah-buahan, Aneka
Jeruk-Jeruk, Aneka Keropok, Ulam-ulaman Kampung dan Pelbagai Sambal.
Menu-menu lain yang turut di sediakan di sini ialah seperti:
- Rojak mamak padang kota
- Sup Doraisamy
- Yong tau foo
- Aneka mi / laksa / bihun sup
- Satay ayam
- Roti john
- Aneka jenis pasta
- Char kuew tiaw
- Kambing Bakar / Ikan bakar / Ayam bakar
Sambil-sambil
makan juga kita akan dihiburkan dengan alunan irama lagu raya yang akan dipasangkan secara audio untuk menghiburkan para pengunjung semasa majlis Buffet
Ramadhan berlangsung.
Dari segi ruang jangan risau ye. Tahun ini AnCasa Residences menyediakan
ruang yang lebih luas dan selesa.
Sambil
bawa keluarga berjalan-jalan ke Teluk Kemang, apa kata book terus
awal-awal penginapan di resort ini sekali pakej berbuka puasa di AnCasa Residences, Port Dickson, menariknya resort ini berhadapan dengan
laut. Memang tenang dan mempersona permandangan waktu senja.
Pakej Ramadan Staycation
Kami ambil pakej Ramadan Staycation selama 3 hari 2 malam. Sahur, iftar dan menginap sambil dapat beristirehat sepuasnya.
Sekitar
kawasan AnCasa PD sangat berdekatan dengan Pantai Port Dickson, di
kelilingi taman-taman hijau serta ada kolam dan spa di sediakan untuk
tatapan mata dan anak-anak kecil beriadah.
Pakej ramadhan 2022 turut disediakan bersama penginapan. Boleh lihat pamplet di bawah. Penginapan
di AnCasa Residences pun tidak kurang hebatnya, selesa dan bersih dan
paling penting ianya menghadap laut yang tenang.
Ada bermacam lagi variety masakan disediakan di sini. Dengan
harga yang cukup murah, ia memang sangat berbaloi untuk korang pilih
bufet ramadan di AnCasa Residences.
Aneka pencuci mulut yang marbeles
Ok berbalik kepada buffet ramadan,
berikut promosi harga untuk Warna Warni Ramadan di AnCasa Residences, Port Dickson:
Harga buffet ramadan di AnCasa Residences Port Dickson
Bermula 5 April 2022 hingga 1 Mei 2022
Dewasa: RM68 nett
Kanak-kanak 6-12 tahun dan warga emas: RM38 nett
👉Kemudahan surau disediakan untuk solat.
Alamat:
AnCasa Residences Port Dickson
Batu 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang,
71050, Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.
Tempah buffet ramadan:
06-6627288 / 013-5400634
Tempah penginapan:
Email: contact@ancasahotels.com
Layari media sosial
IG 👉ancasahotels_resorts
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"