Rezeki Ramadan kali ni, Abe sekeluarga sangat berbesar hati dan
berpeluang untuk hadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim dari Yayasan Anak-anak Yatim Piatu Islam Port Dickson di AnCasa Residences Port Dickson. Seramai
35 orang anak-anak yatim dari Yayasan Anak-anak Yatim Piatu Islam
daerah Port Dickson hadir bersama-sama penjaga yayasan untuk berbuka
puasa anjuran AnCasa Resindences Port Dickson.
Kehadiran
anak-anak yatim berkenaan diserikan dengan sambutan dari Encik Azrudyn
Rashid; Executive Vice President/Group Cheif Operating Officer of Group
Asset Management, UDA Holdings Berhad, Encik Shah Azam Baharuddin;
General Manager of AnCasa Residences Port Dickson dan Encik Mohd Rajib;
Operation Manager of Ancasa Residences Port Dickson.
Setelah siap ucapan alu-aluan, semua hadirin yg diraikan dijemput untuk mengambil makanan berbuka. Kelihatan
masing-masing segak berpakaian baju melayu dan berbaju kurung. Comel-comel belaka.
Lagi gambar-gambar dan video menarik yang Abe rakam di sepanjang Majlis ini berlangsung unuk tatapan korang semua. Terpancar wajah kegembiraan setiap dari wajah anak-anak sekalian
Alhamdulilah, majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim berjalan dengan lancar dengan buffet ramadan bertemakan "Warna Warni Ramadan" dengan suasana yang cukup meriah sekali disulami sajiannya yang cukup membuka selera.
Sebelum bersurai, Majlis disusuli dengan penyampaian cenderahati dari pihak AnCasa Residences Port Dickson kepada setiap jemputan anak-anak yatim yang hadir.
Terima kasih kepada pihak AnCasa Residences Port Dickson diatas jemputan yang penuh bermakna kepada Abe sekeluarga ni. Moga ukhwah kita akan berterusan untuk masa-masa akan datang.
Alamat:
AnCasa Residences Port Dickson
Batu 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang,
71050, Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.
Tempah buffet ramadan:
06-6627288 / 013-5400634
Tempah penginapan:
Email: contact@ancasahotels.com
Layari media sosial
IG 👉ancasahotels_resorts
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"