Apa Itu Taksir ?
Pada yang tak tahu apa itu taksir, dalam bahasa mudahnya taksir itu ialah anggaran. Jadi bila jumpa ayat taksir zakat, cukai taksir dan sebagainya itu adalah salah satu ayat untuk menganggarkan apa yang kita ada contohnya pendapatan , emas, harta benda dan lain-lain.
Cara Taksir Zakat
Mesti ada yang tertanya kan macamana cara nak taksir zakat ? Pada yang tak tahu dan tak faham jangan risau ok, sebab LZS ada menyediakan Khidmat Taksir Zakat secara bersemuka. Tapi kenalah buat temujanji dahulu di https://www.zakatselangor.com.my/khidmat-taksir-zakat/
Untuk mereka yang nak buat taksiran sendiri dan membuat pembayaran secara online pula boleh masuk ke bahagian Zakat Pendapatan. Kemudian pilih mana-mana zakat yang hendak ditaksir. Contohnya zakat pendapatan, zakat simpanan zakat emas dan lain-lain.
Kemudian isi sahaja maklumat yang diperlukan dan automatik ia akan ditaksir. Lepas dapat maklumat yang diperlukan maka bolehlah mula buat pembayaran. Senangkan ?
Muat Turun Aplikasi Dan Berpeluang Untuk Menang
Berita gembira untuk semua pengeluar zakat. Menerusi kempen BTZ, mana-mana pengeluar zakat yang memuat turun aplikasi Zakat Selangor dan
membuat taksiran zakat seterusnya menunaikan zakat melalui pelbagai
saluran pembayaran disediakan amat berpeluang untuk menyertai peraduan
Jom Taksir Zakat dan memenangi hadiah-hadiah yang menarik.
Link Peraduan
Untuk lebih jelas tentang taksiran zakat secara offline pula boleh pergi ke mana-mana cawangan LZS yang berhampiran atau ke Bank Muamalat untuk mendapatkan perkhidmatan taksiran zakat secara PERCUMA sahaja.
Ke Mana Wang Zakat Diagihkan?
- Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
- Membersihkan diri pembayar zakat.
- Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
- Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
- Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
- Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
- Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
- Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
Pengagihan Kepada 8 Golongan Asnaf Yang Layak Terima Zakat
Antara 8 golongan asnaf yang pasti mendapat manfaat dari wang agihan zakat tersebut ialah:
- Asnaf Fakir
- Asnaf Miskin
- Asnaf Amil
- Asnaf Muallaf
- Asnaf Riqab
- Asnaf Gharimin
- Asnaf Fisabilillah
- Asnaf Ibnu Sabil
Jangan lupa follow facebook page LZS untuk tengok lah aktiviti-aktiviti agihan yang LZS lakukan, semuanya diupdate dalam media social di https://www.zakatselangor.com.my/informasi/laporan-aktiviti-zakat/
Sebarang maklumat dan pertanyaan mengenai taksiran zakat sila ke :
Website : https://www.zakatselangor.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor/
Instagram : https://instagram.com/zakatselangor
1-300-88-4343
Isnin – Jumaat : 8:30 pagi hingga 5:30 petang
Rehat Jumaat : 12:15 petang – 2:45 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : TUTUP
Nice post thank you Jackie
ReplyDelete