Alhamdulillah, Abe berkesempatan untuk bersama-sama pada program kali ini. Satu
pain darah yang mengandungi kira-kira 450 mililiter (ml) darah boleh
menyelamatkan tiga nyawa. Ramai mengetahui kebenaran itu, namun masih
ramai juga tidak berani
untuk menderma darah disebabkan rasa ketakutan yang menebal dalam diri.
Ditambah penyebaran maklumat tidak tepat mengenai derma darah, ia
membantutkan niat murni mereka untuk melakukan kerja amal ini.
McDonald’s Malaysia terus menyokong seruan kerajaan agar rakyat Malaysia menderma darah dengan lebih kerap. Restoran perkhidmatan pantas itu menganjurkan Hari Derma Darah tahunannya pada 30 Jun 2022, dengan kerjasama Pusat Darah Negara (NBC) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM). Program derma darah itu dibuka kepada orang ramai.
McDonald's Malaysia telah menganjurkan Hari Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara pada 30 Jun 2022, di Ibu Pejabatnya di Damansara Utama. |
“Matlamat kami menganjurkan kempen derma darah tahunan adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan derma darah, dalam menyokong usaha NBC untuk membantu pesakit yang memerlukan. Kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan NBC adalah selaras dengan gesaan kerajaan agar lebih banyak derma darah untuk menambah stok yang disimpan dalam bank darah negara kita. Di McDonald's, kami sentiasa menjadi penyokong kepada orang ramai untuk terus menderma darah, dan kami gembira kerana kami dapat menganjurkan satu lagi kempen derma darah tahun ini selepas setahun tidak dapat melakukannya. Saya berbangga melihat kehadiran yang memberangsangkan untuk Hari Derma Darah tahun ini,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai betapa pentingnya menderma darah dan seterusnya dapat membantu Pusat Darah Negara menambah stok bekalan darah.
Hari Derma Darah ini diadakan di ibu pejabat McDonald’s Malaysia, yang menyaksikan kehadiran lebih daripada 200 penderma pada tahun ini. Penderma yang hadir terdiri daripada kakitangan, rakan-rakan niaga, dan pelanggan McDonald’s serta wakil media. Restoran khidmat segera tersebut berhasrat menanamkan satu tabiat yang baik dan mewujudkan kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan menderma darah di kalangan kakitangannya dan juga rakyat Malaysia. Bersama-sama, kita boleh membantu rakyat Malaysia lain yang memerlukan. Aktiviti derma darah yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dengan Kerjasama PDN menyaksikan lebih 1,300 penderma sejak tahun 2017.
Kriteria Derma Darah
Pada korang yang cukup syarat, bolehlah
hadirkan diri ke Pusat Darah Negara atau mana-mana hospital untuk menderma
darah. Satu pint darah dapat selamatkan 3 nyawa tau!
Bukan semua orang boleh derma darah. Pusat Darah Negara (PDN) telah menggariskan beberapa golongan yang dikira ideal dan memenuhi kriteria penderma darah:
- Kriteria penderma darah yang utama perlu berumur: 18-65 tahun yang pernah menderma, 18-60 tahun yang belum pernah menderma dan jika 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.
- Berat badan minimum 45 kg.
- Tidur sekurang-kurangnya 5 jam sebelum menderma.
- Tiada masalah kesihatan.
- Makan sebelum menderma darah.
- Tidak pernah terlibat dalam aktiviti berisiko tinggi (untuk mendapat jangkitan) seperti bertukar pasangan seks, homoseksual, biseksual, hubungan seks dengan pekerja seks komersial, berkongsi jarum atau anda merupakan pasangan kepada mereka yang melakukan mana-mana aktiviti berisiko.
- Jika anda pernah menderma darah, rekod kali terakhir perlu sekurang-kurangnya 3 bulan lepas.
- Kriteria penderma darah bagi wanita, anda tidak mengandung, sedang menyusukan anak atau mengalami pendarahan haid.
Gambar Sepanjang Aktiviti Kempen Derma Darah Anjuran McDonald’s Malaysia Dengan Kerjasama Pusat Darah Negara
Derma Darah Dapat McChicken FREE!
Sebagai tanda penghargaan, McDonald’s Malaysia menyediakan hidangan McChicken dan Sundae Cone kepada semua penderma darah yang hadir. McChicken dapat, pahala pun dapat, kan? Apapun yang penting, korang dah membantu menyelamatkan nyawa bagi mereka yang memerlukan darah. Nyawa lebih berharga dari McChicken tu kan? Tahniah kepada semua yang hadir menderma darah!
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"