Sahabat Que 'Silent Readers'

Staycation Santai Dan Mewah Di Ames Hotel Melaka Seronok Dan Menenangkan

10/14/2022 10:30:00 pm

Best staycation di Ames Hotel Melaka selepas lama sibuk dengan kerja. Kira Abe ambil peluang sambil buat kerja tapi juga merehatkan minda dan badan. Family time gittew katanya.  


Pada mula Abe tak sangka tempat menginap Abe ini adalah semewah ini. Kali ni Abe tempah bilik connecting tau. 2 bilik bersambung. Abe ambik 1 bilik Deluxe King dan 1 bilik Deluxe Twin. 


Kenapa Abe cakap mewah? Mana taknya gais, kat sini bukan sekadar bilik biasa tapi dah ala condo mewah dah gais. 

AMES Hotel hanya ambik masa 5 minit sahaja dari tol Ayer Keroh di luar Lebuhraya Utara Selatan, dan lokasinya jauh dari kesibukan bandar dan lokasinya yang strategik berdekatan dengan pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi. Bestnya bilik yang kami menginap ni apartment yang ada :

 
💼 Peti Ais

 
💼 Baju Bath Robe

💼 Set Amenities dan Toiletries Lengkap

💼 Set Tuala dan Alas Kaki yang lengkap

💼 Tub Mandi yang besar

💼 Kemasan Mewah dalam bilik air (marmar hitam dan emas)

💼 Kerusi dan Meja Teh serta Ruangan Kerja

 
💼 Safety Box
 

💼 Katil Deluxe King & Deluxe Twin

💼 Wi-Fi , Sejadah dan Iron pun ada

Memang selesa, sesuai dan mudah untuk mereka yang berkeluarga. Fasiliti lain seperti 𝘴𝘸𝘪𝘮𝘮𝘪𝘯𝘨 𝘱𝘰𝘰𝘭, 𝘧𝘳𝘦𝘦 𝘱𝘢𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 dan lain-lain juga disediakan. Kalau bosan boleh turun bawa dan jalan-jalan sekitar kawasan Ames Hotel ni. View dalam kawasan hotel memang gempak lawa untuk OOTD. Structure yang dibina juga sangat menenangkan, mewah dan modern.

Walaupun di sekitar kawasan residensi ini boleh dapat macam-macam makanan tapi restoran di sini pun makanan yang ada sedap belaka gais. Dan Abe rasa kalau spend makan di restoran tersedia pasti penghuni yang datang suka dan akan rasa tersangatlah berbaloi. Baca di SINI & Dan SINI

Abe xberkesempatan untuk ke Gym dek kesibukan, dimaklumkan oleh seorang teman Abe di pejabat lama katanya fasiliti Gym di sini sangat baik. Korangs yang ke sini nanti boleh lah cuba macam tu.

Berdekatan Dengan Tarikan Pelancong
 
AMES Hotel ni dikelilingi oleh pelbagai tarikan pelancong seperti Melaka Zoo dan Night Safari , Taman Burung Melaka, Ladang Buaya dan Reptilia, Muzium Lebah, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka dan 20 minit pemanduan dari tapak warisan UNESCO E. Memang tersangat strategik lokasi AMES hotel ni. Hotel ini merupakan lokasi yang ideal untuk lihat pemandangan bandar bersejarah Melaka yang indah.

Hotel ini merupakan ahli LSL Hotel Group, yang merupakan cabang hospitaliti Sheng Tai International Sdn Bhd, sebuah syarikat pembangunan hartanah terpelbagai, hartanah, pengurusan pelaburan dan hospitaliti dengan kepakaran khusus dalam bidang pelancongan hartanah. 

Sheng Tai International ialah pembangun yang memenangi anugerah yang telah bercabang merentasi pelbagai bahagian Asia, menawarkan rangkaian luas produk hartanah, perkhidmatan dan jenama yang memenuhi pasaran mewah, kelas atas dan ekonomi. AMES Hotel diuruskan oleh Alorie Hospitality, pakar pengurusan hotel yang mapan dan berpengalaman dengan portfolio hartanah bertaraf dunia di seluruh dunia

Masukkan AMES hotel Melaka dalam list korang staycation. Pilih jenis bilik yang sesuai dengan gaya dan mood semasa. Luas, peribadi dan mesra, menginap di AMES dan perbaharui piawaian anda dengan pengalaman hotel yang ideal.


Banyak lagi yang Abe nak cerita tentang Ames Hotel ni. Apa yang menarik kat sini, jenis-jenis bilik yang ada dan juga fasiliti-fasiliti yang terdapat di Ames Hotel. Korang nantikan yer di entri Abe yang akan datang. Puas hati dengan kemudahan dan bilik ni semua. Bercuti dan berehat la di sini gais. Worth it!
 
AMES Hotel
Jalan Pkak 2, Pusat Komersial Ayer Keroh, 75450 Malacca
Phone: +606 318 3999
sales@ames-hotel.com

Untuk maklumat lanjut mengenai Hotel Ames dan tempahan, sila hubungi 06-318 3999, atau layari 

Website : https://www.ames-hotel.com 

Facebook : https://web.facebook.com/ameshotel

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad