Best staycation di Ames Hotel Melaka selepas lama sibuk dengan kerja. Kira Abe ambil peluang sambil buat kerja tapi juga merehatkan minda dan badan. Family time gittew katanya.
Pada mula Abe tak sangka tempat menginap Abe ini adalah semewah ini. Kali ni Abe tempah bilik connecting tau. 2 bilik bersambung. Abe ambik 1 bilik Deluxe King dan 1 bilik Deluxe Twin.
Kenapa Abe cakap mewah? Mana taknya gais, kat sini bukan sekadar bilik biasa tapi dah ala condo mewah dah gais.
AMES Hotel hanya ambik masa 5 minit sahaja dari tol Ayer Keroh di luar Lebuhraya Utara Selatan, dan lokasinya jauh dari kesibukan bandar dan lokasinya yang strategik berdekatan dengan pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi. Bestnya bilik yang kami menginap ni apartment yang ada :
💼 Set Amenities dan Toiletries Lengkap
💼 Set Tuala dan Alas Kaki yang lengkap
💼 Tub Mandi yang besar
💼 Kemasan Mewah dalam bilik air (marmar hitam dan emas)
💼 Kerusi dan Meja Teh serta Ruangan Kerja
💼 Katil Deluxe King & Deluxe Twin
💼 Wi-Fi , Sejadah dan Iron pun ada
Memang selesa, sesuai dan mudah untuk mereka yang berkeluarga. Fasiliti lain seperti 𝘴𝘸𝘪𝘮𝘮𝘪𝘯𝘨 𝘱𝘰𝘰𝘭, 𝘧𝘳𝘦𝘦 𝘱𝘢𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 dan lain-lain juga disediakan. Kalau bosan boleh turun bawa dan jalan-jalan sekitar kawasan Ames Hotel ni. View dalam kawasan hotel memang gempak lawa untuk OOTD. Structure yang dibina juga sangat menenangkan, mewah dan modern.
Walaupun
di sekitar kawasan residensi ini boleh dapat macam-macam makanan tapi
restoran di sini pun makanan yang ada sedap belaka gais. Dan Abe rasa
kalau spend makan di restoran tersedia pasti penghuni yang datang suka
dan akan rasa tersangatlah berbaloi. Baca di SINI & Dan SINI
Abe xberkesempatan untuk ke Gym dek kesibukan, dimaklumkan oleh seorang teman Abe di pejabat lama katanya fasiliti Gym di sini sangat baik. Korangs yang ke sini nanti boleh lah cuba macam tu.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hotel Ames dan tempahan, sila hubungi 06-318 3999, atau layari
Website : https://www.ames-hotel.com
Facebook : https://web.facebook.com/ameshotel
Instagram : https://www.instagram.com/ameshotelmelaka
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"