Sahabat Que 'Silent Readers'

Sembang-Sembang Petang Tunch (Lunch + Hi Tea) Di The AMES Hotel, Melaka

10/14/2022 08:12:00 am

Meh Abe share dengan korang yang tengah mencari-cari kat mana nak makan lunch di Ayer Keroh Melaka ni. Abe rekemenkan korang datang sini, Ames Hotel, Ayer Keroh untuk merasa Tunch diorang. Pernah dengar tak perkataan 'Tunch' ni? Dan apa maksud Tunch tu ye..hehe. Selalunya kita guna Lunch kan, hah kali ni kita guna Tunch pulak. Tunch tu ialah Lunch + Hi Tea. Restoran The Munch di AMES Hotel telah menghasilkan konsep baharu yang dinamakan Tunch Buffet yang merupakan gabungan makan tengah hari (Lunch) dan Hi-Tea. 

Korang kalau tak tau nak makan Lunch apa, boleh cuba buffet di The Munch AMES hotel ni. Lepas lunch boleh sambung Hi Tea pulak. Pelbagai menu yang disediakan, pastinya sedap dan tidak mengecewakan.

Hidangan seperti Marinated Chicken Wings, Yong Tau Foo, Chicken Mutabak, Pasta Aglio, Aglio, Egg Foo Yong, Bungkus Nasi Lemak, Kari Kambing, Chicken Mai, Udang Goreng Berlada, Deepfried Wantons dan Salted Egg Sotong, Sate Ayam & Lembu, Piza Hawaii dan Tom Yum serta Wafel Panas. Taknak cerita banyak, nah Abe tempek gambar-gambarnya. Korang tengok sendirilah betapa sedapnya semua masakan yg ada.

Nah Abe tempek pulak gambar-gambar desert yang ada. Korang tengok sendirilah betapa sedapnya semua masakan yg ada untuk Tunch ni.

Apa lagi, bolehla bawak keluarga tersayang datang ke sini.Abe pasti korang semua takkan menyesal punya. Serius, semua masakan di sini sedap-sedap belaka.

Buffet Tunch adalah setiap Sabtu dan Ahad dari jam 12 tengah hari hingga 4.00 petang dan berakhir pada 13 November 2022. 

Harga Sembang -Sembang Petang Tunch Buffet ( Lunch + Hi Tea DI The AMES Hotel Melaka

RM 70 Dewasa
RM 60 Kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Untuk tempahan, hubungi +60126982957 atau e-mel: dine@ames-hotel.com. Untuk maklumat lanjut mengenai Ames Hotel dan tempahan, sila hubungi 06-318 3999, atau layari http://www.ames-hotel.com / https://www.facebook.com/ameshotel.

AMES HOTEL, MELAKA 

Jalan PKAK 2, Pusat Komersial
Ayer Keroh, 75450 Melaka, Malaysia
 Tel: +6 06 318 3999 Faks: +6 06 318 3001
www.ames-hotel.com 

sales@ames-hotel.com www.aloriehospitality.com

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad