Sekarang ni seperti kita lihat, ramai yang mengaktifkan diri dalam aktiviti sukan, Abe yakin pasti korang memerlukan alat peranti mudah untuk membaca pergerakan kesihatan korang kan?
Bukan saja handphone berkembang pada zaman teknologi ini tapi barangan lain juga seperti mesin basuh, televisyen, jam tangan dan banyak lagi turut mengalami perkembangan yang positif. Kali ni, Abe nak berkongsi sesuatu tentang Jam Tangan Pintar yang merupakan koleksi terbaru gajet yang Abe gunakan.
Jam tangan pintar terbaik boleh membantu korang menjejak dan memantau tahap aktiviti korang, menjejaki senaman korang dan menyediakan metrik pemulihan dan kesihatan. Ia juga memastikan korang sentiasa berhubung dengan pemberitahuan dan panggilan telefon yang dihantar terus ke pergelangan tangan korang, bersama-sama dengan aplikasi mudah mesra dan banyak lagi.
Jam tangan pintar memberikan motivasi
jika korang bergelut untuk mengekalkan tabiat yang lebih sihat. Ia juga
menggalakkan korang untuk terus berjalan semasa larian atau senaman yang berat,
memberikan metrik utama seperti rentak, masa dan kalori yang dibakar semasa
latihan ketahanan.
Misalnya, jam fitness ini (jam tangan pintar). Hari ni, Abe nak kongsikan dengan korang jam tangan pintar terbaik yang Abe gunakan untuk kegunaan harian dan untuk aktiviti sukan yang lebih efektif. Sebelum tu, Abe cerita dulu kelebihan jam tangan pintar dan fungsi sebenar jam tangan pintar untuk informasi korang semua.
Kelebihan Dan Fungsi Jam Tangan Pintar
Yang Abe Cari
Seperti alat peranti lain, industri jam tangan tidak lepaskan peluang untuk membuat transformasi dengan pelbagai kelebihan. Lihatlah, kini sudah ada jam pintar dan fitness tracker untuk kita guna dalam kehidupan seharian. Misalnya....
Berfungsi seperti telefon pintar dimana boleh menerima dan menjawab panggilan masuk, membuat panggilan keluar, menerima dan menghantar Whatsapp, dapat memantau tahap kesihatan si pemakai, dapat membaca pergerakan tubuh, dapat membantu membaca degupan jantung, kualiti tidur, suhu badan, tahap oksigen individu selain empunyai sistem Bluetooth untuk disambungkan dengan telefon pintar. Selain itu, jam ini mampu mengukur tahap SpO2 atau jumlah oksigen dalam aliran darah dalam badan dan seperti jam tangan pintar yang lain, jam tangan pintar jenama Kieslect boleh menerima mesej untuk memudahkan anda melakukan senaman tanpa perlu melihat telefon.
Pandangan peribadi Abe, mungkin lima
tahun akan datang setiap daripada kita wajib ada smartwatch untuk melakukan
aktiviti harian.
Sebelum Abe beli jam tangan pintar jenama Kieslect ni, Abe terlebih dulu ushar di semua media sosial. Bukan apa, untuk mendapatkan jam tangan pintar yang terbaik, yang kena dengan bajet kewangan Abe. Godek punya godek di tiktok dan instagram, Abe jumpa jem jenama Kieslect ni. Kena dengan kehendak dan bajet Abe, apa lagi, terus Abe sambar satu jam Kieslect model Kieslect Calling Watch KS.
Ciri-Ciri Jam Tangan Pintar Jenama Kieslect Calling Watch KS
Hasil survey Abe dan hasil ushar di media sosial, Abe kongsikan dengan korang. Kieslect Calling Watch KS menggabungkan jam tangan pintar dengan fitness tracker dalam satu alat peranti. Maksudnya, fungsi jam pintar ini 2 dalam 1. Jika dilihat pada bahagan rekaan jam pintar dari jenama Kieslect ini memang saiz skrin direka agak besar tapi ketebalannya nipis dan tidak berat. Jadi memang sesuai untuk pergelangan tangan tidak kira kecil atau besar.
Jam tangan yang berfungsi seperti telefon pintar seakan-akan menjadi satu keperluan dalam kehidupan untuk menyenangkan pergerakan seharian. Namun, terdapat pelbagai kategori jam pintar yang dijual dipasaran. Survey punya survey, Abe mencari jam tangan pintar yang ada fungsi wajib iaitu mempunyai sistem senaman, pengesan nadi, pemantauan tidur, steps tracking dan merekod aktiviti.
Ciri lain pada jam tangan pintar ini adalah berfungsi untuk memudahkan korang menjawab panggilan dan mengirim pesanan hanya melalui jam. Ciri-ciri ni yang Abe cari sebelum Abe beli jam tangan pintar Kieslect Calling Watch KS ni. Semua fungsi yang Abe idamkan ada pada jam tangan Kieslect Calling Watch KS ni.
Lebih canggih lagi, Kieslect Calling Watch KS ni
dapat memberitahu keadaan kesihatan Abe dan menghubungi orang terdekat secara
automatik jika pengguna jam tangan pintar pengsan atau tidak sedarkan diri.
Hebat bukan? Korang hanya perlu setkan sahaja details
Kenapa Jam Tangan Pintar Kieslect Calling Watch KS Menjadi Pilihan Abe?
Kenapa Abe pilih Jam Tangan Pintar Kieslect Calling Watch KS? Ni antara sebabnya yang korang pun wajib tahu. Jam Tangan Pintar Kieslect Calling Watch KS ni pada Abe adalah gabungan gaya dan utiliti sempurna untuk
gaya hidup moden.
Ada Aplikasi khas yang perlu korang
install pada Telefon Pintar korang iaitu Aplikasi 'Kie OS' yang mana Aplikasi ni sangat mudah difahami dan mesra pengguna.
Disamping itu, Kieslect KS ini mempunyai Paparan Super AMOLED 1.78’’
(368*448), paparan besar berwarna-warni untuk gerak isyarat yang lancar.
Korang boleh tengok pada paparan skrin penuh tanpa bar hitam pada pemuka jam
ini. Ciri ni yang paling Abe suka. Macamana dengan sambungan Bluetooth pulak?
Meh Abe story. Kieslect Calling Watch KS diperkemaskan dengan
sambungan Bluetooth 5.2 yang sangat stabil, sambungan yang lebih kuat daripada
jam tangan pintar lain, bersama-sama pembesar suara dan mikrofon yang boleh
dipercayai untuk panggilan telefon sejernih kristal dengan bunyi semula jadi
yang neutral.
Kieslect KS juga peka dengan tubuh badan korang
tau... fungsi terbaik jam ini dalam memberikan Amaran Kadar Jantung Tidak
Normal, penderia denyutan jantung termaju yang memantau kadar denyutan jantung
korang setiap masa 24 jam sehari untuk ketenangan fikiran yang maksimum.
Paling menariknya, korang boleh tetapkan julat kadar denyutan jantung tertinggi dan terendah yang korang inginkan, dan terima amaran apabila ia berada di luar julat. Ini adalah fungsi yang sangat baik untuk peminat sukan dan individu yang bekerja di bawah tekanan berat.
Jam tangan pintar Kieslect Calling Watch KS ni juga mempunyai 'Butang Kedua' berbilang fungsi yang mana ia menawarkan pelbagai pilihan, termasuk memasuki mod sukan dengan sekali tekan, mengaktifkan pembantu suara dengan menekan dua kali dan memasuki mod bantuan SOS dengan tindakan tekan dan tahan selama beberapa saat. Hebatnya jam ni kan?
Selain itu, ada 100 mod sukan yang boleh korang pilih, korang hanya perlu skrol dan setkan sahaja. Memang senang dan mudah fungsi untuk korang pilih. Dengan fungsi mod 100 jenis sukan ini, jam tangan pintar ini mampu mengira kalori, jarak langkah, kadar degupan jantung dan banyak lagi dengan tepat
Dan ini yang paling Abe suka, Kieslect Calling Watch KS mempunyai fungsi menjejak bacaan SpO2 korang, jejak degupan jantung, fungsi pemantauan tidur, fungsi latihan pernafasan, ujian tekanan dan ujian emosi. Sekaligus, ia akan memantau dan mengetahui keadaan kesihatan korang secara menyeluruh dan secara otomatiknya akan sentiasa ingatkan pada korang tentang tahap kesihatan korang. Terbaik, sebab tu Abe pilih jam tangan Kieslect Calling Watch KS ni untuk jadi teman setia di sisi Abe sekarang.
Untuk pengetahuan korang, jam tangan pintar jenama Kieslect Calling Watch KS ni dilengkapi dengan Cip panggilan Teras 2-dalam-1 ke-3 di dunia, tidak jauh ketinggalan daripada pesaingnya iaitu Apple dan Samsung. Terima kasih kepada cip 2-dalam-1, penggunaan kuasa adalah 30% lebih rendah daripada cip dwi, membolehkan ia bersaing dengan 10 jam tangan nipis calina teratas dari segi hayat bateri. Nikmati pengalaman panggilan jam tangan pintar yang pantas, stabil dan cekap tenaga.
Dengan ada pengurusan prestasi ini
sekaligus memberikan kawalan lebih besar ke atas penggunaan bateri.
Kenali Kieslect
Apa itu jenama Kieslect? Ye lah kan,
nak beli jamnya, serba sedikit kenalah tahu jugak pasal pemilik jenamanya.
Hanya sekadar sebagai info tambahan je, Abe google info ni dan di sini Abe
kongsikan jugak dengan korang semua.
Hasil carian google: Kieslect telah
mewujudkan rangkaian pengedaran yang mantap, membekalkan jam tangan pintar yang
bergaya kepada lebih 5,000 kedai runcit di lebih 60 negara. Sejak penubuhannya
pada 2017, Kieslect telah bekerjasama dengan penyedia teknologi wayarless
terkemuka dan syarikat terpilih lain dengan teknologi teras untuk menerima dan
menerajui dunia baharu barangan pintar yang berkualiti dengan reka bentuk yang
elegan. Maknanya di sini, Abe dapati syarikat ini dah ada kedudukan yang
kukuh di persada antarabangsa sebab dah banyak negara memasarkan produk jenama
Kieslect. Ini menambahkan keyakinan Abe lagi untuk beli.
Kat google juga menyatakan yang
syarikat Kieslect telah menggaji 600 orang di seluruh dunia, dan semua
produknya diperakui dengan CE, RoHS, FCC dan UKCA, menunjukkan kebolehpercayaan
jenama dan pematuhan kepada piawaian kualiti.
Ditulis lagi, ‘Kieslect memfokuskan untuk membawa keyakinan dan keaslian orang ramai
melalui semangat kreatif mereka. Dengan menggabungkan teknologi wayarless termaju
dengan reka bentuk bergaya dan pemahaman mendalam tentang permintaan pasaran.’ –
tang ni Abe setuju. Pertama sekali Abe tengok rekabentuknya, Abe terus suka.
Kieslect telah memenangi beberapa siri anugerah reka bentuk antarabangsa, termasuk Anugerah Reka Bentuk Titik Merah, Anugerah Reka Bentuk iF dan Anugerah Reka Bentuk Jerman. Ini menunjukkan bahawa reka bentuk produk Kieslect serta kegunaannya boleh memenangi hati orang ramai dengan mudah – Abe tak nafikan rekebentuk simple dan elegen jam tangan pintar Kieslect Calling Watch KS ni faktor penyumbang terbesar keinginan Abe untuk beli terus di Shopee.
Hebat bukan portfolio jenama Kieslect
ni. Hasil daripada carian google, membawa kepada carian di tiktok dan
Instagram, akhirnya Abe Berjaya mendapatkan satu unit jam tangan pintar
Kieslect model Kieslect Calling Watch KS ni. Bila Abe dapat tahu ianya dah dilancarkan di
Malaysia, terus Abe beli kat Official Online Shop Kieslect di Shopee.
Kehebatan Jam Jenama Kieslect
Kieslect telah memantapkan dirinya
sebagai jenama terkemuka dalam dunia jam tangan pintar dengan menyediakan
pengguna dengan jam tangan pintar yang bergaya dan berfungsi dengan baik
sekali. Tumpuan Kieslect pada kualiti, utiliti dan reka bentuk telah
mendapat pengiktirafan antarabangsa dan pangkalan pelanggan setia. Dengan
rangkaian jam tangan pintarnya, Kieslect menawarkan pengguna pelbagai pilihan
untuk memenuhi keperluan dan pilihan mereka.
Kieslect kekal komited untuk menambah
baik produk dan perkhidmatannya dan berdedikasi untuk meneruskan inovasi dalam
industri boleh pakai pintar. Malah, jam tangan pintar jenama Kieslect
fleksibel untuk digayakan dengan pelbagai gaya.
Pintar bukan? Jadi, perlu ke tidak memiliki jam tangan pintar Kieslect? Jom tonton video berikut.
Korang
berkenan tak selepas tengok video tadi? Cantikkan….
Tawaran Terbaik Daripada Kieslect
KIESLECT menawarkan insurans jaminan
gantian selama setahun untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan.
Dalam tempoh satu tahun pembelian, pelanggan boleh menukar mana-mana produk
yang rosak (tidak termasuk aksesori) dengan unit yang serba baharu. Walau bagaimanapun,
jika produk rosak kerana faktor manusia, KIESLECT berhak untuk tidak
menggantikannya.
Macamana Nak Dapatkan
Jam Tangan Pintar Kieslect?
Bagi korang yang nak
dapatkan jugak jam tangan pintar jenama Kieslect macam Abe ni, di sini Abe
kongsikan terus details. Korang klik je terus kat link yang dah Abe sediakan
kat bawah ni, senang je. Abe dah permudahkan kerja korang
Platform Jualan Rasmi
Kieslect:
Shopee: https://shopee.com.my/kieslect.os
Menariknya jika
korang beli di Platform Jualan Rasmi Kieslect di shopee, korang boleh dapatkan
diskaun sebanyak RM10 dengan hanya memasukkan kod baucer seperti yang Abe
kongsikan di bawah ni yer. Siapa cepat dia yang dapat.
Kieslect Calling Watch KS Bonus Discount
RM10 voucher: KIESKS
Platform Media Sosial
Rasmi Kieslect:
Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY
Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/
Twitter: https://twitter.com/KieslectMY
Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"