Setiap tahun, hampir sahaja musim korban, mulalah beberapa individu, tokoh, dan sebagainya mengeluarkan kenyataan tentang isu ibadah korban di Mekah. Meh Abe jawabkan persoalan di atas ni dengan penulisan ni, korang baca sampai habis tau. Kali ni, Abe nak kongsikan dengan korang semua tentang Team UTS. UTS adalah sengkatan daripada nama syarikat ini iaitu UTS Trading Enterprise. Kat dalam FB mereka, korang boleh cari jika korang taip Umrah Untuk Semua, terus akan jumpa FB Page & korang boleh dapatkan info. Tapi untuk memudahkan semua, korang baca je apa yg Abe kongsikan kat sini, lagi senang.
Apa Yang Best Korban Dengan Team UTS?
UTS Trading Enteprise dah ada 8 tahun berpengalaman dalam melaksanakan ibadah KORBAN di tanah suci Mekah.
Paling murah dipasaran Malaysia
Paling dipercayai dan berpengalaman
Servis yang pantas dan cekap
Kami uruskan ibadah qurban anda dari
A to Z.
Ganjaran pahala berganda Qurban di
tanah suci.
Sijil Digital pelaksanaan akan diberi beserta gambar dan video Proses Korban
BOLEH niat sedekah ibadah untuk:
Arwah
Keluarga
Diri sendiri
Isu Popular Yang Sering Kita Dengar Tentang Korban Di Mekah
Antara isu-isu yang sering didengar adalah:
·“Mana ada harga kambing di Mekah serendah RM400 seekor”
·“Akad apa yang mereka pakai ya?”
·“Korban di Mekah hanyalah sia-sia sahaja”
·“Hilang roh Korban buat dekat Mekah”
·“Berhati-hati dengan syarikat yang tawarkan khidmat ibadah
korban di Mekah”
·“Kalau aqiqah dapat video satu-satu, kenapa korban tak
dapat?”
·“Agihan kepada siapa ya di Mekah? Bukan negara kaya ke?”
Yang memberi kenyataan-kenyataan di atas mungkin tak pernah pergi sampai ke ladang-ladang kambing di Mekah semasa hari korban yang dijalankan pada hari-hari Tasyrik, yang mendakwa juga tidak pernah menetap di Mekah bertahun-tahun dan mempunyai ilmu secukupnya tentang keadaan dan situasi di Mekah. Dalam kaedah islam, yang menuduh dengan dakwaan sesuatu tuduhan perlu memberikan bukti.
Kami di UTS menghormati pandangan beberapa pihak dan individu yang melontarkan kenyataan kerana inginkan masyarakat berhati-hati. Kami hormati pandangan mereka kerana tidak yakin dengan perkhidmatan ini. Itu hak anda, tetapi, janganlah sehingga memukul rata semua pihak yang menjalankan perniagaan korban di Mekah adalah penipu.
Sebelum itu, kami ingin tegaskan ini adalah kenyataan dan apa yang dilakukan oleh pihak UTS sahaja, dan tidak bertanggungjawab terhadap pihak syarikat lain.
Harga Kambing Yang Murah Di Mekah
“…Mana ada harga kambing di Mekah serendah RM400-500 seekor, Tabung Haji pun jual RM900 lebih…” – kata segelintir pendapat
Ini adalah hakikat yang memang tak boleh kita nak sangkal bahawa Kambing adalah makanan asasi di Mekah berbanding kita di Malaysia, sebab itu ia menjadikan harganya lebih rendah
Harga kambing di Mekah adalah pelbagai, mengikut jenis dan juga saiz seekor kambing tersebut. Ada kambing yang kecil sahaja, tapi harga mencecah SAR1300 seekor. Ada kambing besar dan gemuk, tapi harga sekitar SAR300- SAR350 seekor. Jenis kambing yang kami beli pula adalah kambing seberat 25 – 40kg. Arab panggil kambing jenis Harri. Kambing Harri ini juga ada yang mencecah sehingga SAR1000, contohnya seperti sub-baka “Balady”. Team UTS memilih kambing jenis Harri adalah kerana ianya adalah sempurna dari segi syarak, cukup umur, sihat dan berat yang melepasi syarat.
Sebahagian pihak menafikan fakta ini kerana bersandarkan kepada harga rasmi Arab Saudi yang dijual untuk mereka yang membeli melalui syarikat Islamic Development Bank (IDB). Di Mekah, setengah orang yang sibuk atau tiada masa nak ke kandang sembelihan pada hari raya haji, mereka boleh terus ke kaunter-kaunter pembayaran korban yang dibuka di sekitar Mekah.
IDB adalah pihak yang diamanahkan untuk menguruskan ibadah qurban secara rasmi di Mekah melalui projek Adahi. Harga yang mereka jual adalah sekitar SAR750 untuk seekor Kambing melalui Akad Wakalah & Salam, sama seperti yang dipraktiskan oleh UTS. Anda bayar, dapat resit dan terus balik. Tetapi tiada sebarang laporan, tiada video mahupun gambar untuk dijadikan sebagai bukti perlaksanaan korban itu telah dilaksanakan dengan sempurna.
Isu Biasa Mengenai Akad Korban
“Akad apa yang mereka pakai?”
Ibadah korban di Mekah adalah secara akad wakalah, atau bermaksud anda mewakilkan ibadah qurban anda kepada pihak kedua dan ketiga. Di mana untuk khidmat korban mekah ini, pihak UTS akan menyatakan secara rasmi dan terperinci secara bertulis di dalam resit pembayaran berkenaan khidmat yang anda perolehi dengan bayaran yang dibuat dan jumlah peratus ambilan syarikat untuk pengurusan, upah dan tugas-tugas berkaitan. Dengan pembelian serta pembayaran untuk khidmat ini, bermakna anda telah bersetuju dengan akad dan pembayaran yang dilakukan, berdasarkan syarat dan terma yang dinyatakan.
Pengertian Wakalah menurut Bahasa Arab adalah “menyerahkan” atau “menjaga” (Taqiyuddin al-Husaini, Kifayatul Akhyar 1/238) manakalah menurut Syarak pula, Wakalah adalah tindakan seseorang menyerahkan urusannya kepada orang lain pada urusan yang dapat diwakilkan, agar orang lain itu mengerjakan urusan yang diwakilkan itu (Zakariya al-Anshari, Fathul Wahhab 1/253)
Antara dalil yang disandarkan untuk Akad Wakalah ini adalah: “Jabir Bin Abdullah RA, dia berkata, “Saya bermaksud keluar ke Khaibar, lalu aku mendatangi Rasullulah SAW dan berkata kepada beliau, “Sesungguhnya aku keluar ke Khaibar,”, kemudian, Rasullulah SAW telah berkata, “Datangilah wakilku dan ambillah darinya 15 wasaq, kalau dia meminta sesuatu tanda darimu, letakkanlah tangan pada pundaknya”. (HR Abu Daud)
Rukun Wakalah mempunyai 4, iaitu
1. Muwakil (Orang yang diwakilkan)
2. Wakil (Orang yang mewakilkan)
3. Muwakkal Fiihi (Urusan yang
diwakilkan)
4. Sighah (Ijab dan Kabul)
Rujukan al-Fiqh al-Wadhi, (2/34)
Untuk urusan Wakalah ini dizahirkan, seseorang yang diwakilkan itu perlulah mempunyai hak ke atas barang tersebut dan di UTS, kami membeli kambing, lembu dan unta sebelum dijual bagi memastikan hak dan wakil ke atas kambing-kambing tersebut adalah sempurna mengikut rukun dan syarak.
Adakah Korban Di Mekah Boleh Dipercayai? Korban Di Mekah Atau Di Tempat Sendiri?
“Korban di Mekah hanyalah sia-sia”- kata segelintir pendapat
Begitu juga mereka yang ingin laksanakan qurban, tetapi tidak boleh atas faktor-faktor persekitaran, pandemik dan sebagainya. Tidak bermakna, jika kita tidak melihat sendiri di depan mata sembelihan korban, korban kita tidak akan dinilai oleh Allah.
Antara dalil mengenai korban ini ialah:
“Apa yang aku perintahkan, maka laksanakanlah mengikut kemampuan kamu”. Rasulullah SAW juga telah bersabda: “Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari Aidil Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi”.
Di UTS, kami komited mengatakan bahawa Korban di Mekah itu adalah satu pilihan, pilihan yang lebih mudah dan murah.
Penerima Daging-Daging Korban Di Mekah
“Agihan kepada siapa ya di Mekah? Bukan Saudi negara kaya ke?”
Arab Saudi adalah sebuah negara yang kaya, tapi bukan semua penduduknya kaya. Ramai penduduk tetap di Mekah adalah berasal dari Afrika, Burma, Bangladesh, Pattani, Indonesia dan pelbagai warga negara miskin yang lain.
Kos sara hidup amat tinggi untuk orang-orang bukan warganegara Saudi, lebih-lebih lagi pada zaman pandemik ini. Ada yang kata, di Malaysia pun banyak orang susah. Ya, kami tak nafikan, tetapi, adakah anda telah membantu di Malaysia, anda tidak boleh membantu saudara Islam kita di luar Malaysia? Semoga penerima-penerima daging agihan ini mendoakan kebaikan buat semua yang melaksanakan korban di Mekah.
Untuk agihan daging, pihak UTS akan membahagikan lokaliti sembelihan mengikut tempat. Perlu difahami bahawa di Mekah ada 3 kategori tempat sembelihan. Tempat sembelihan rasmi Arab Saudi untuk kerajaan, untuk syarikat-syarikat swasta, dan yang ketiga adalah tempat sembelihan persendirian yang disewa seperti tanah lapang. Pusat sembelihan didalam tanah haram yang dilesenkan @ diberi permit. Untuk makluman korang, Pusat sembelihan yang ada di tanah haram kurang daripada 10.
Untuk haiwan korban yang disembelih di tempat sembelihan rasmi bagi syarikat-syarikat swasta, kebiasaannya daging korban tidak dibenarkan di bawa keluar dalam kuantiti yang banyak. Pihak berkuasa Mekah akan menyediakan beberapa buah lori ais bagi urusan pengedaran daging-daging qurban tersebut sebelum diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim dan pusat-pusat kebajikan yang berdaftar.
Di UTS, kami akan mengagihkan daging-daging korban ke penduduk miskin dan memerlukan di lokaliti Mekah yang telah dikenal pasti, dan sebahagian daging-daging korban ini akan dihantar terus ke pusat-pusat kebajikan di sekitar Mekah. Daging korban dieadarkan dibeberapa negara islam yang miskin. Antara negara penerima adalah seperti berikut:
·
Azerbaijan
·
Bangladesh
·
Burkina Faso
·
Chad
·
Comoros
·
Djibouti
·
Gambia
·
Ghana
·
Guinea Bissau
·
Guinea Conakry
·
Iraq
·
Jordan
·
Lubnan
·
Liberia
·
Mali
·
Mauritania
·
Mozambique
·
Nigeria
·
Pakistan
·
Palestin
·
Senegal
·
Sierra Leone
·
Sudan
·
Syria
·
Tanzania
Wallahu a’lam. Diharap penjelasan ini dapat menjawab persoalan-persoalan yang berada di fikiran anda semua.
Bukti Laporan Pelaksanaan Korban
“Kalau aqiqah dapat video satu-satu, kenapa korban tak dapat?”
Pihak yang menguruskan korban di Tanah Suci Mekah adalah terlampau banyak. Tidak kira sama ada ianya adalah sebuah syarikat, individu, mahupun pelajar-pelajar Universiti Ummul Qura sendiri. Perlaksanaan penyembelihan adalah berbeza mengikut kapasiti pihak yang menguruskan korban anda. Ada pihak yang menyembelih ibadah korban dengan kuantiti yang sedikit, dan ada pihak yang sembelih dalam kuantiti yang banyak. Sudah tentu terdapat perbezaan perlaksanaan penyembelihan untuk 5 ekor kambing dan 5,000 ekor kambing dalam tempoh 4 hari sahaja waktu korban.
Secara purata, pihak kami melaksanakan korban sekitar 4,000 hingga 5,000 ekor kambing setiap tahun. Ianya tidak termasuk pendaftaran korban unta dan lembu yang mana pendaftaran mencecah sekitar 60 ekor setiap tahun. Jadi, perlaksanaan yang banyak yang diWAKILkan kepada pihak UTS akan dilaksanakan dengan sebaiknya dalam tempoh 3 hingga 4 hari sahaja pada Hari Tasyrik.
Korban tidak sama seperti ibadah aqiqah yang mempunyai waktu yang lebih luas. Untuk aqiqah, keupayaan kami adalah melakukan sembelihan sekitar 150 hingga 300 ekor sehari, termasuk mengambil video (merakam) dan gambar bagi setiap penama peserta. Ianya akan mengambil masa dan melambatkan proses sembelihan, disamping ramai lagi pihak-pihak lain yang memerlukan ruang yang sama untuk penyembelihan. Berbeza dengan korban yang mana kami akan laksanakan secara pembahagian lokaliti dan proses perlu dijalankan dengan lebih cepat.
Kenapa? Kerana penggunaan tempat sembelihan adalah 10 kali ganda dari luar musim haji. Kalau aqiqah ianya lebih fleksibal, tetapi korban tempohnya hanya 4 hari sahaja. Sebab itulah kami tidak memberikan anda video dan gambar untuk setiap sembelihan, tetapi hanya laporan umum perlaksanaan dalam bentuk video (umum) dan gambar sahaja. Apa yang penting amanah anda adalah tanggungjawab kami.
Ianya sama seperti perlaksanaan bersama IDB yang telah dinyatakan di atas. Pihak Arab Saudi sendiri tidak memberi anda video dan gambar setiap ekor yang disembelih, apatah lagi laporan perlaksanaan seperti yang kami sediakan. Melalui pihak rasmi Arab Saudi, anda hanya bayar dan dapat resit, kemudian tawakkal, akan tetapi bersama kami, kami sediakan anda laporan sepanjang proses perlaksanaan. Ianya terpulang kepada kepercayaan masing-masing.
Fakta lain yang korang perlu tahu iaitu:
· Jemaah Haji tahun
1444H 2 juta orang
· Purata sembelihan
setiap orang Jemaah 1 ekor kambing iaitu sembelihan dam dan korban
· Sembelihan korban
yang dibuat oleh penduduk setempat dan orang luar di tanah haram sekitar 1 juta
ekor kambing
· Menjadikan jumlah
keseluruhan sembelihan dalam masa 4 hari iaitu 10,11,12, dan 13 Zulhijjah
sebanyak 3 juta ekor kambing
· Jumlah ini tidak memungkinkan pusat sembelihan memberi bukti berbentuk gambar atau video secara individu
Gambar Dan Video Proses Korban Oleh Team UTS
Macamana Nak Buat Ibadah Korban Secara Online?
Jangan lepaskan peluang untuk turut sama menjalani ibadah korban pada tahun ini bersama Team UTS Trading Enterprise, siapa tahu dapat pula rezeki menang hadiah cabutan bertuah menunaikan umrah kan. Korban Paling Murah di pasaran Malaysia.
Info Qurban Tanah Suci
Terbuka pada sesiapa sahaja yg nak buat ibadah korban.
Paling dipercayai dan berpengalaman
Kami uruskan ibadah korban anda dari
A to Z.
Harga yang hanya RM320 sahaja.
Tiada hidden cost.
Ganjaran pahala berganda korban di
tanah suci.
e-Sijil perlaksanaan akan diberi
(sijil digital)
Ada cabutan bertuah menarik
Usah bertangguh lagi! Rebut peluang berbuat pahala musim raya haji kali ni.
PELUANG MENANGI CABUTAN BERTUAH KERJAKAN UMRAH UTK 2 ORANG DENGAN HANYA SERTAI KORBAN DITANAH SUCI CUMA RM320 SAHAJA
Jangan risau dgn kami, sebab kami dah berpengalaman bantu mereka yang berhajat nak tunai ibadah korban di tanah suci Mekah ni. Jangan pening-pening kepala lagi fikirkan macam mana qurban secara online. Anda bayar, Team UTS akan uruskan semuanya. Laksanakan ibadah qurban di tanah suci disamping berpeluang memenangi cabutan bertuah! Daftar sekarang! Atau korang boleh terus daftar Korban di Mekah bersama UTS di:
Nak daftar melalui whatsapp boleh klik link ni: