TAKRIF AIR NAIK 30% TAPI MASALAH AIR BELUM SETTLE LAGI
3/25/2025 05:35:00 pm
Sumber gambar dari:
https://www.beritaharian.com/
Masuk harini, dahlebih 25 tahun dah Abe tinggal dan menetap di Selangor. Sejak daripada bujang, masa belajar dulu sehinggalah berkahwin dan kini anak pun dah nak masuk 3 orang dah, isu air ni masih berlarutan dan tiada berkesudahan. Jujurnya, isu air kat Selangor ni banyak beri masalah kepada penduduk di negeri ni khasnya.
Tarif Air Meningkat 30% Tapi
Kualiti dan Masalah Bekalan Air Masih Berterusan?
Abe ada terbaca kat FB page Sepang Viral yang mana berita kenaikkan tarif
air sebanyak 30% akan dilaksanakan dijangka pada Julai 2025. Bukan sikit ye kenaikan
sebanyak 30% tu. Nah, Abe tempek sini sumber yg Abe baca kat facebook tu,
korang boleh klik untuk baca jugak. Ini plan yang dirancang serta kesan
tahunannya bagi bil Air Selangor
Kenaikan Tarif Air untuk
Pengguna Domestik (50 m³ sebulan)
- 2023: RM56.86
- 2024: RM68.25 (Naik 20.03%)
- 2025 (dirancang): RM87.63 (Naik lagi 28.40%)
Jumlah kenaikan 2023 – 2025:
54.12%
Bil air tahunan isi rumah
meningkat daripada RM682.32 (2023) kepada RM1,051.56 (2025 dirancang) –
kenaikan sebanyak RM369.
sumber gambar:
https://www.facebook.com/photo/?fbid=584977721241476&set=a.152516147820971
Kenaikan Tarif Air untuk
Pengguna Bukan Domestik/perniagaan (100 m³ sebulan)
- 2023: RM220.65
- 2024: RM277.60 (Naik 25.81%)
- 2025 (dirancang) : RM361.15 (Naik lagi 30.10%)
Jumlah kenaikan 2023 – 2025:
63.68%
Pelbagai alasan diberikan oleh
pihak berkuasa mengenai isu kenaikkan air ini. Tetapi ianya menjadi satu tanda
tanya wajarkah kenaikkan ini? Tarif air meningkat 30% tapi kualiti dan masalah
bekalan air masih berterusan. Apa yang diharapkan oleh rakyat adalah kualiti
air yang makin bersih dan bekalan air berterusan dengan baik. terutamanya dalm
pembersihan dan sebagainya.
Sumber gambar dari:
https://www.beritaharian.sg/
Masalah Isu Air Selangor
Gangguan Bekalan Air yang Berterusan
Pada 23 Julai 2024, Air Selangor
menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan tujuh kawasan
utama termasuk Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor,
dan Kuala Selangor. Gangguan ini berpunca daripada pencemaran bau di Sungai
Kundang dan Sungai Sembah, menyebabkan empat loji rawatan air terpaksa
dihentikan sementara.
Ianya sangat memberi kesan kepada
penduduk dengan terputusnya bekalan air dan mendapat kualiti air yang kurang
sihat. Jadi sewajarnya ianya diambil serius dalam menangani masalah pencemaran
secara proaktif serta kecekapan dalam pengurusan menangani krisis ini perlu
dilihat semula.
Kemapanan Kewangan dan
Pelarasan Tarif
Ada yang mengatakan cadangan
peningkatan pelaburan swasta untuk memperkukuhkan infrastruktur air. Dengan
alasan permintaan yang semakin meningkat serta tarif sedia ada yang tidak
mencukupi untuk menampung kos operasi.
Persoalannya adakah dengan
pelaburan dari pihak swasta masih tidak dapat menampung kos dan memerlukan
kepada kenaikan tarif kepada rakyat. Dimana kecekapan dalam urusan pengurusan
kewangan syarikat?.
Sumber gambar dari: https://www.ohbulan.com/
Cabaran Alam Sekitar dan
Operasi Memberi Impak Gangguan Bekalan Air
Sering kali kita dengar mengenai
pencemaran sungai yang melibatkan Air Selangor dan menyebabkan masalah isu Air
Selangor tidak pernah habis. Tetapi tiadakah satu penguatkuasa dasar atau
tindakan lebih agresif pihak syarikat dalam menangani masalah ini.
Nampak disitu kelemahan dalam
perlindungan sumber air dan kawalan pencemaran yang lebih serius. Mungkin boleh
diketatkan lagi penguatkuasa terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam
mencemarkan sungai dan alam sekitar.
Kesan Sosial, Kesihatan dan Ekonomi akibat Masalah Isu Air Selangor
Gangguan bekalan air yang kerap
boleh menjejaskan perniagaan, hospital, dan industri lain yang mana ianya boleh
menyebabkan kerugian ekonomi. Ini memberi kesan negatif kepada pertumbuhan
ekonomi negeri Selangor dan kesejahteraan rakyat khususnya.
Bukan hanya gangguan bekalan air
sahaja masalahnya, air yang tidak bersih dan berkarat juga boleh menjejaskan
kesan sosial kepada rakyat. Jika yang berduit bolehlah pasang
filter dirumah tetapi bagi yang kurang berkemampuan akan menyebabkan pelbagai
risiko kepada kesihatan mereka terutamanya kanak-kanak dan warga emas.
Jadi diharap isu ini dapat
diambil dengan lebih serius oleh pihak yang bertanggungjawab dan dapat
memberikan yang terbaik kepada rakyat.
“Menurut Menteri Besarnya, Datuk
Seri Amirudin Shari, fokus utama pentadbiran negeri itu untuk menyokong usaha
kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Pada masa sama,
Kerajaan Selangor komited memastikan sistem perkhidmatan air yang menyalurkan
bekalan kepada lebih 8.4 juta penduduk Lembah Klang dan Putrajaya
diperkukuhkan.” -https://malaysiagazette.com/
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"